Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Agong Perkenan Anugerah Pingat...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menganugerahkan Pingat Panglima Gagah...

Pengurus Kedai Barang Kemas...

KUALA LUMPUR - Seorang pengurus kedai barang kemas dihadapkan di Mahkamah Sesyen di...

Pelancong Yang Bogel Di...

SUSULAN sekumpulan pelancong asing yang berbogel di puncak Gunung Kinabalu baru-baru ini, salah...

Jabatan Meteorologi Nafi Keluar...

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia tidak mengeluarkan amaran ancaman tsunami di Pulau...

Latih Anak Kecil Puasa, Raya Izreen Sama Sahaja

BEBERAPA hari sahaja kita bakal menyambut Aidilfitri selepas sebulan berpuasa di bulan Ramadan, pasti semua sedang sibuk melakukan persiapan akhir sebelum Syawal tiba.

Baca: Dulu Puasa Dengan Anak, Kini Izreen Dah Ada Suami

Setiap tahun pasti akan ada kelainan yang dimahukan oleh kita, tetapi lain pula bagi pelakon Izreen Azminda kerana baginya Syawal kali ini sama sahaja seperti yang sebelumnya.

Walaupun sudah empat tahun beraya bersama dengan anak tanpa suami disisi, Izreen merasakan perkara itu sebagai hal yang biasa tanpa kelainan bagi dirinya.

“Tahun ini, saya masih lagi beraya bersama suami dan anak, tanpa anak-anak dia (Ude)  kerana mereka akan beraya dengan ibunya. Mungkin tahun depan lain,” ujarnya ketika ditemui Media Hiburan.

Bagaimanapun, Izreen turut tidak berasa apa-apa perubahan sekiranya dia menyambut Aidilfitri hanya berdua bersama suami, Ude Wahid.

Malah, dia hanya perlu menyediakan persiapan biasa sahaja jika ditakdirkan mereka beraya berdua sahaja selepas ini.

Dalam masa yang sama, ketika usia anaknya, Muhammad Umar Adrian sudah menjangkau lima tahun, dia sudah mula mengajar si kecil itu untuk berpuasa.


“Adalah suruh dia berpuasa tapi tahan dalam sejam je. Biasalah budak-budak baru umur 5 tahun kan? Nanti tiba-tiba dia pergi minum susu sendiri.

“Tapi dia faham dan pandai behave kerana tahu saya dan lain berpuasa,” tambahnya lagi.

Umar merupakan anak Izreen hasil perkahwinannya bersama suami pertama iaitu Muhammad Riza Baharuddin dan mereka telah sah bercerai sekitar tahun 2014 yang lalu.

Kini, Izreen memulakan kehidupan barunya bersama suami tercinta iaitu Ude Wahid yang merupakan pemuzik bebas walaupun perlu menghadapi pelbagai cabaran dan dugaan sepanjang tahun ini. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori