Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Dera Kanak-Kanak Tidak Sedar...

SEPASANG suami isteri terkejut selepas mengetahui anak mereka hampir maut akibat tercekik makanan...

Seleweng Dana: Adik Bekas...

KOTA KINABALU - Adik seorang bekas menteri persekutuan direman lima hari mulai hari...

“Gol Pertama Matikan Tumpuan...

BURIRAM - Ketua Jurulatih Skuad Kebangsaan Nelo Vingada tidak menyembunyikan kekecewaannya apabila anak...

Pasukan Keselamatan Filipina Beri...

BANGI - Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mendapat maklum balas positif dari pihak...

Larangan Telefon Bimbit Di West Wing White House

WASHINGTON – White House melarang kakitangan dan pelawat untuk menggunakan telefon bimbit peribadi lagi di West Wing, nadi utama pusat pentadbiran eksekutif Amerika Syarikat (AS) itu.

Setiausaha Rumah Putih, Sarah Sanders, berkata larangan tersebut mula berkuat kuasa minggu depan.

Beliau memetik alasan itu atas sebab keselamatan, namun ia dilakukan ketika huru-hara berhubung ulasan diterbitkan mengenai Presiden Donald Trump dan keluarganya oleh bekas pakar strategi atasan Rumah Putih, Steve Bannon.

“Kawalan keselamatan dan integriti sistem teknologi di Rumah Putih adalah keutamaan bagi pentadbiran Trump.

“Kakitangan boleh menjalankan urusan menggunakan peranti dikeluarkan kerajaan dan terus bekerja keras bagi pihak rakyat AS,” kata Sanders.


West Wing menempatkan Pejabat Oval presiden dan pejabat kakitangan pembantu rapatnya.

Sejak mengambil alih pentadbiran, Trump berulang kali mengecam kebocoran kepada media daripada pasukannya.

Namun, pendedahan terkini dalam buku baharu bertajuk ‘Fire and Fury: Inside the Trump White House’ oleh wartawan Michael Wolff, menyebabkan Trump berkata, Bannon ‘hilang akal.’ – AFP/BH ONLINE

Kategori