Larangan Rentas Politik

DI perasmian serentak Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia, Timbalan Presiden mengutarakan “Larangan Rentas Politik”.

Tepat dan menarik cadangan Tok Mad ini. Ia sesuai dengan matlamat “darurat” dan “penggantungan parlimen” iaitu “kurangkan politiking”.

Malangnya rentas daerah, rentas negeri dan rentas sempadan sahaja dihalang ketat. Tetapi rentas politik dibuka seluasnya sehingga memudaratkan krisis politik negara.

Inilah double standard mereka. Hentikan perbuatan melelong ahli parlimen. Timbalan Presiden tanpa berselindung mahu UMNO dikembalikan memerintah negara.

Pada beliau Kerajaan PN gagal membuktikan kecekapan mentadbir negara. Walaupun UMNO di dalamnya tetapi UMNO dipinggir.

Justeru, UMNO perlu menjuarai “pembaikan politik” atau “political correctness”.

Mohd Puad Zarkashi