Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

PPBM Dinasihati Dalami Ilmu...

MELAKA - Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris menasihati pemimpin Parti Pribumi Bersatu...

Berhabis RM36 Ribu Demi...

SEORANG pemandu lori di Britain sanggup berhabis £6,000 (RM36,056) untuk menjalani dua pembedahan bagi 'memperkasakan' kemaluannya. Hasilnya menurut...

Dipenjara Kerana Tipu Urusan...

Seremban : Dua wanita dijatuhi hukuman penjara selama setahun di Mahkamah Majistret Seremban,...

Kadar GST Kekal, PM...

MIRI - Kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk menaikkan kadar semasa Cukai Barang...

Laporan UEC Siap, Kini Tunggu Keputusan Kabinet

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa semakan khas ke atas Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Persendirian Cina (UEC) hari ini berkata, laporan akhirnya telah dikemukakan kepada Kementerian Pendidikan, sehari selepas menterinya Maszlee Malik berkata, beliau belum menerima laporan tersebut.

Anggota Pasukan Petugas Dasar UEC (PPDUEC), Mohamad Raimi Abdul Rahim berkata, laporan berkenaan diserahkan “sebaik selepas menteri pendidikan berkata bahawa kementerian masih menunggunya”.

“Kami telah mengenal pasti isu utama dan semua pemegang taruh yang ditemui.

“Syornya jelas dalam cadangan yang kami kemukakan kepada kementerian dan Kabinet,” katanya kepada FMT selepas satu acara di sini hari ini.

“Kami telah jalankan bahagian kami, sekarang terserah kepada Kabinet sama ada mahu bersetuju untuk mengiktirafnya atau tidak.”

PPDUEC sepatutnya mengemukakan dapatan tersebut kepada Kementerian Pendidikan bulan lepas.


Semalam Maszlee berkata, pasukan petugas berkenaan sentiasa berhubung dengan kementerian berhubung isu terbabit walaupun beliau belum menerima laporannya.

PPDUEC dianggotai tiga anggota, iaitu Raimi, pengerusinya Eddin Khoo dan timbalan presiden Dong Zong, Tan Yew Sing.

Pengiktirafan UEC merupakan antara janji Pakatan Harapan (PH) dalam manifesto pilihan rayanya tahun lepas. – FMT

Kategori