Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

Ops Selamat: Kemalangan Maut...

KOTA KINABALU - Kadar kemalangan maut di Sabah sepanjang Op Selamat Aidilfitri tahun...

KPDNKK Disaran Wujudkan Sekretariat...

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaaan (KPDNKK) dicadangkan supaya...

WhatGapo: Aplikasi Pesanan Mesej...

HAAA...jangan ingat aplikasi WhatsApp atau WeChat saja yang popular sekarang.Aplikasi pesanan mesej yang bercirikan...

Polis Cari Dua Remaja...

LABUAN - Polis sedang menjejaki dua daripada empat remaja yang didakwa mempunyai kaitan...

Laporan RCI Forex ‘Cacat’, Tak Perlu Tindakan Lanjut – Peguam Mahathir

PETALING JAYA – Peguam Dr. Mahathir Mohamad berkata tiada keperluan untuk susulan ke atas syor-syor Suruhanjaya Siasatan Diraja berhubung skandal urus niaga tukaran mata wang asing pada 1990-an, susulan gesaan daripada veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah awal hari ini.

Haniff Khatri Abdulla berkata laporan RCI itu tidak boleh membantu pembacanya kerana ia tidak mengandungi semua bahan yang perlu, seperti bahan-bahan yang dikemukakan oleh Dr. Mahathir semasa siasatan.

“Tanpa memasukkan bahan-bahan itu, adakah laporan itu boleh dianggap lengkap bagi pembacanya, seperti Tengku Razaleigh atau mana-mana orang pun yang hanya membacanya bertahun-tahun selepas laporan itu diterbitkan?” katanya kepada FMT.

“Sudah tentu tidak. Laporan itu tidak cukup, tidak lengkap, dan dalam bahasa mudahnya, ‘cacat’,” tambahnya.

Haniff menyorot perhatian kepada laporan mereka mengenai prosiding RCI itu, di mana ia mendakwa saksi tidak boleh diperiksa balas sehabis-habisnya.

“Saksi material tidak dipanggil balik dan saksi-saksi lain tidak dibenarkan dipanggil,” katanya.

“Yang lebih penting, angka RM30 bilion itu cuma anggaran. Ia langsung tidak dibuktikan, mengikut keterangan yang dikemukakan di RCI itu.”

Atas sebab-sebab itu, Haniff berpandangan kerajaan mengambil langkah yang betul apabila ia tidak mengambil tindakan lanjut ke atas dapatan dan syor-syor RCI itu.

“Apa-apa dapatan daripada mana-mana RCI yang dilihat tidak cukup dan tidak tepat bermaksud syor-syornya tidak dapat dilaksanakan,” katanya.


Semalam di Dewan Rakyat, Menteri Undang-undang Liew Vui Keong memaklumkan “tiada tindakan lanjut” ke atas dapatan RCI itu.

Dalam laporan setebal 400 muka surat yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada 30 November 2017, RCI berkata Bank Negara Malaysia (BNM) mengalami kerugian RM31.5 bilion dalam urus niaga mata wang asing pada 1992 hingga 1994, dan bekas penasihat BNM, Nor Mohamed Yakcop bertanggungjawab atas kerugian itu.

Ia juga berkata urusan forex berlebihan atau spekulasi boleh dihentikan lebih awal dan kerugian ditanggung akan berkurangan atau terkawal, jika Daim Zainuddin, menteri kewangan dari 14 Julai 1984 hingga 15 Mac 1991, lebih bertanggungjawab dan menjalankan penyeliaan lebih teliti.

RCI turut mengesyorkan polis menyiasat Mahathir, Anwar Ibrahim, yang menggalas portfolio kewangan selepas Daim, ahli lembaga pengarah BNM, Jabatan Audit Negara dan Kementerian Kewangan.

Sementara itu, Haniff berkata cabaran terhadap laporan RCI itu oleh pihaknya sudah difailkan di mahkamah dan ia belum selesai di mahkamah.

Pengurusan kes ditetapkan pada 28 Ogos di Mahkamah Rayuan, katanya. – FMT

Kategori