Friday, April 19, 2024

Creating liberating content

Kedah Beri Imbuhan Kepada...

ALOR SETAR - Kerajaan Kedah akan memberi imbuhan kepada Mohd Faiz Subri atas...

Juru Kimpal Rugi RM339,900...

KUALA KRAI: Seorang juru kimpal kerugian RM339,900 dipercayai ditipu individu yang menyamar sebagai...

Rakyat Mual Konspirasi Seks...

1. RAKYAT Malaysia digegarkan pada bulan lepas dengan pelbagai klip video seks luar...

Buruh Nafi Rogol Remaja...

Chukai: Seorang buruh binaan mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan di Mahkamah Sesyen...

Laporan Polis Diterima Kenyataan Hina Sultan Selangor

KUALA LUMPUR – Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Mazlan Mansor mengesahkan satu laporan polis dibuat ke atas pemilik akaun Facebook bernama Nga Kor Ming Super Fan Page berhubung kenyataan berbaur menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Katanya laporan polis itu dibuat pengiring Sultan Selangor atas arahan baginda ekoran kenyataan berbaur penghinaan yang tular dalam media sosial.

“Laporan polis itu dibuat pukul 11.15 pagi semalam di Balai Polis Seksyen 6, Shah Alam dan sedang disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.

“Polis menerima satu laporan polis merujuk kepada kenyataan biadap dikeluarkan satu akaun Facebook menggunakan nama Nga Kor Ming Super Fans Page terhadap Sultan Selangor.

“Laporan itu diterima polis semalam susulan kenyataan berbaur hina dalam tulisan Cina dan biar kita siasat dalam semua aspek dulu, saya tak mahu komen lanjut buat masa ini,” katanya secara ringkas ketika ditanya pemberita selepas Majlis polis di Maktab Polis Diraja Malaysia (PDRM) Cheras pagi ini.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador hadir memyempurnakan Majlis Penutupan Kursus Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian kepolisan, Diploma Siswazah Sains Kepolisan dan Diploma Eksekutif Sains Siasatan Sesi 2017/2019 melibatkan 100 graduan pegawai kanan dan anggota polis, Angkatam Tentera Malaysia dan Imigresen.

Komen Mazlan hadir selepas satu status pemilik akaun FB Nga Kor Ming Super Fans Page yang menyebarkan kenyataan biadap berbaur menghasut yang mengajak kaum Cina melakukan bantahan terhadap Sultan Selangor.

Kenyataan itu didakwa mengajak masyarakat membenci Sultan Selangor kerana arahan baginda supaya papan tanda jalan raya di Shah Alam digantikan dengan papan tanda jalan tulisan berbahasa Melayu.

Kategori