Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Adenan Pertahan Taib Pada...

PUTRAJAYA - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem hari ini menyelar pertubuhan...

Imigresen Tidak Kompromi Pegawai...

PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan...

Isu Kampung Baru: Proses...

KUALA LUMPUR - Lembaga Pentadbir Penempatan Pertanian Melayu (MAS) mendakwa proses pembangunan di...

Mari.. Mari.. RM2 Je...

MURAH giler!!!Itu ayat yang dijerit penulis apabila mengetahui ada sebuah kedai makan yang...

Laporan Kajian RMK11 Dedah Kejayaan BN

PEKAN – Laporan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) yang dibentangkan oleh kerajaan Khamis lepas mendedahkan kejayaan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN), kata bekas ​​​​​​​Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata jika dilihat secara makro dan berfakta, majoriti inisiatif yang dibentangkan dalam dokumen itu merupakan usaha yang dimulakan ketika era kerajaan BN.

“Segala kejayaan dalam dokumen dibentangkan adalah termasuk pembangunan bagi mengimbangi antara wilayah, pembangunan menggunakan teknologi hijau dan penekanan kepada program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET).

“Dokumen ini mengiyakan dan mengesahkan apa yang telah kita (kerajaan BN) lakukan atau perkatakan termasuk penguncupan hutang negara yang telah dapat dikurangkan,” katanya.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Program Ramah Mesra Bersama Penduduk Orang Asli Kampung Menchupu di sini, hari ini.


Beliau berkata ia jelas membuktikan BN memiliki program dan projek yang spesifik. – BERNAMA

Kategori