Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Suami Isteri ‘Serang’ Ibu...

KISAH pengasuh mengabaikan kebajikan kanak-kanak di bawah jagaan mereka sering kali menggemparkan negara...

Jabatan Perikanan Pahang Lepas...

KUANTAN - Jabatan Perikanan Pahang melepaskan 1.5 juta ekor benih ikan di semua...

Terbuka Singapura: Beregu Negara...

SINGAPURA - Pasangan beregu lelaki utama negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong akan...

DBKL Tolak Permohonan Demo...

DEWAN Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) muktamad tidak membenarkan perhimpunan Bersih 4.0 diadakan di Dataran...

Laporan Jabatan Perangkaan Ekonomi Terus Mengukuh

KUALA LUMPUR – Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pertumbuhan ekonomi Malaysia akan terus kukuh antara Mac hingga Mei 2018 berdasarkan pemantuan Indeks Pelopor (IP).

Ketua Kerangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, IP yang memantau prestasi ekonomi ke hadapan mencatatkan pertumbuhan satu peratus pada November 2017.

“Prestasi ekonomi ke hadapan mencatatkan pertumbuhan sebanyak satu peratus pada November 2017 kepada 121.3 mata daripada 120.1 mata pada Oktober 2017.

“Peningkatan itu antara lain didorong Bilangan Unit Kediaman yang Diluluskan Pembinaan (0.5 peratus) dan Jangkaan Nilai Jualan di sektor Pembuatan (0.4 peratus),” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mohd. Uzir berkata, pengingkatan prestasi ekonomi itu turut didorong oleh peningkatan Import Benar Logam Asas Berharga dan Logam Bukan Ferus Lain (0.1 peratus) serta Bilangan Syarikat Baru Didaftar (0.1 peratus).

“Perubahan tahunan IP meningkat kepada 4.5 peratus berbanding 3.2 peratus pada bulan lalu,” katanya.

Sementara itu, kata beliau, Indeks Serentak (IS) yang mengukur aktiviti ekonomi semasa pula meningkat 0.5 peratus pada November 2017.

Menurut beliau, dua komponen utama IS yang menyumbang kepada peningkatan adalah Indeks Pengeluaran Perindustrian (0.3 peratuas) dan Indeks Kuantiti Perdagangan Runcit (0.2 peratus).


“Perubahan tahunan IS meningkat kepada 3.6 peratus pada bulan rujukan berbanding 3.5 peratus pada bulan sebelumnya.

“IP dan IS menunjukkan prestasi yang baik pada November 2017 berbanding bulan sebelumnya,” katanya lagi.

Beliau seterusnya berkata, pada masa yang sama, kedua-dua Indeks Difusi kekal di atas 50 peratus.

“Berdasarkan senario ini, ekonomi Malaysia akan terus kukuh di antara Mac hingga Mei 2018,” jelas beliau. – MYNEWSHUB.CC

Kategori