Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Bumbung Masjid Beralih, Siling...

KIRA-KIRA 50 jemaah Subuh lari meninggalkan ruang solat apabila siling Masjid Bandar Springhill,...

SKMM Pantau Pelaksanaan Rebat...

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan memantau pelaksanaan rebat Cukai...

6,000 Polis Bantu Perjalanan...

KUANTAN - Sejumlah 6,000 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) Pahang berada...

Bot Nelayan Vietnam Tangkap...

PASIR PUTEH - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) hari ini menahan sebuah bot...

Laporan Audit Negara Berhubung 1MDB Dipinda

KUALA LUMPUR — Laporan Jabatan Audit Negara berkenaan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sebelum ini telah dipinda atas arahan pihak tertentu, Dewan Rakyat dimaklumkan.

Perkara berkenaan didedahkan oleh Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur), yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Parlimen, semasa membahaskan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 hari ini.

“Isu 1MDB begitu serius bukan sekadar PAC yang lepas gagal buka semula penyiasatan selepas tindakan DOJ (Jabatan Keadilan Amerika Syarikat)… Laporan Ketua Audit diklasifisikasikan rahsia rasmi di bawah OSA (Akta Rahsia Rasmi) malah berlaku salah guna kuasa yang mana Laporan Ketua Audit Negara yang asal dipinda dengan arahan oleh sesetengah pihak,” dakwa beliau.

Wong turut mendedahkan beberapa agensi kerajaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Pejabat Peguam Negara dan Bank Negara turut ‘dilumpuhkan’ berikutan isu berkenaan sebelum ini.

“Kita nampak bagaimana agensi-agensi itu telah hilang integriti dan keyakinan rakyat dengan setiap kali menyatakan tidak ada kes terhadap mana-mana (pihak) dan tidak ada apa-apa salah laku.


“Mujur…berlaku pertukaran kerajaan pada 9 Mei lepas, baru kesemua ini boleh ditunjukkan kepada rakyat apa telah terjadi,” katanya.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung esok. — BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • 1MDB

Kategori