Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pergerakan Tanah Apartment Teratai...

KUALA LUMPUR - Pergerakan tanah masih berlaku pada tahap minimum di kawasan tanah...

MOA ‘Auta’ Konon Dapat...

KANTOI... Hari ini ketika sebahagian rakyat Malaysia bercuti sempena perayaan Deepavali, kita dikejutkan...

Indonesia Dapat Pelaburan RM134.5...

DARI FB NAJIBHARI ini, negara UAE umum pelaburan US$10 bilion (RM41 bilion) kepada...

RM200 Sebulan Bukti Prihatin...

ALOR SETAR – Pemberian insentif sebanyak RM200 selama tiga bulan kepada pesawah sementara...

Laporan Audit Buktikan Guan Eng Penipu

DEDAH… Laporan Audit Negara dikeluarkan jelas tunjuk jumlah wang input Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang belum dibayar balik setakat 5 Jun 2018 sebenarnya ialah RM19.47 bilion.

Ia sekali gus tangkis tuduhan dilemparkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kepada Barisan Nasional (BN) dan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya ‘rompak’ wang tuntutan bayaran balik sebelum ini.

“Setelah kerajaan BN dan saya dituduh berulang kali ‘rompak’ RM19.2 bilion wang tuntutan balik input GST oleh Guan Eng, saya telah tunggu agak lama Laporan Audit Negara terhadap isu bayaran balik input GST diterbitkan.

“Alhamdulillah, laporan ini akhirnya keluar pagi ini. Kebenaran itu pasti. Laporan Audit menunjukkan bahawa jumlah wang input GST yang belum dibayar balik setakat 5 Jun 2018 sebenarnya ialah RM19.47 bilion (Gambar A).

“Jumlah yang telah diluluskan tetapi belum dibayar hanya RM1.45 bilion dan ini juga kerana pelbagai masalah seperti akaun penerima ditutup, dibeku ataupun kurang 30 hari,” kata Najib menerusi hantaran dalam Facebook.

Jelas Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan, RM3.90 bilion merupakan tuntutan pulang balik yang tiada pembekalan bercukai dan RM3.52 bilion pula masih dalam siasatan – bermakna wang ini mungkin tidak sah untuk dibayar balik.

“Tunggakan terbesar pula ialah RM9.65 bilion yang dikategorikan sebagai wang dalam siasatan. Tetapi, laporan audit juga mengesahkan bahawa bahagian terbesar tunggakan ini ialah daripada 90 hari ke bawah. (Gambar B)

“Tuntutan untuk April dibayar pada bulan Mei manakala tuntutan untuk Mei dibayar pada bulan Jun. Ini bererti bahawa jika wang input GST itu lambat dibayar balik (oleh pihak Kastam), ianya kesalahan kerajaan PH sendiri.


“Yang tidak semak dan tidak bayar ialah PH sendiri,” selarnya. Menurut Najib lagi laporan audit juga mengesahkan bahawa sebelum ini, pihak Kastam di bawah pentadbiran BN dianggap cekap bayar balik tuntutan GST (gambar C).

Setakat akhir tahun 2017, sebanyak 98.6% daripada tuntutan bayaran balik dibayar dalam tempoh kurang 100 hari. Hanya baki 0.06% daripada tuntutan yang diluluskan dibayar balik pihak Kastam dalam tempoh 200 hari ke atas.

“Terima kasih kepada Jabatan Audit Negara untuk mengesahkan bahawa Guan Eng sebenarya ialah seorang penipu bersiri dan cuba pula tai-chi kelemahan dan kedangkalan sendiri untuk menyalahkan pihak kerajaan BN dahulu.

“Laporan Audit ini juga menunjukkan bahawa ada jumlah sangat besar bagi tuntutan bayaran balik yang mungkin tidak sah atau menunjukkan percubaan pihak peniaga tertentu untuk menipu Kastam iaitu sebanyak RM3.90 bilion.

“Ia merujuk untuk mereka yang tiada pembekalan bercukai (no output tax) dan sejumlah RM3.52 bilion yang masih dalam siasatan. Oleh itu, saya berasa hairan mengapa Guan Eng tergesa-gesa hendak menjarah wang rizab Petronas.

“Ia melibatkan berpuluh-puluh bilion ringgit untuk perbelanjaan kerajaan PH pada tahun depan dengan alasan kononnya mahu membayar balik tuntutan-tuntutan ini,” ujar Najib dalam nada agak sinis. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori