Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

‘Rompak’ Pinjamkan Hatiku, Farid...

JIKA sebelum ini, filem Abang Long Fadil 2 dan Kau Yang Satu menjadi...

‘Betul Encik…Ada Orang Sengaja...

KOTA KINABALU - "Betul encik... ada orang sengaja letak pil (ecstacy) dalam minuman...

Polis Tumpas Kumpulan Amir...

TAIPING – Polis menumpaskan kumpulan samun Amir Batu 16 dengan penahanan tujuh suspek...

Remaja Lelaki Tikam Guru...

MADRID: Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun menikam tiga guru dan dua pelajar...

Lapor Polis Jika Kerabat Diraja Menghasut

KUALA LUMPUR – Polis akan mengambil tindakan terhadap mana-mana kerabat diraja di negara ini yang didapati secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.

Sehubungan itu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman berkata, laporan polis perlu dibuat terlebih dahulu oleh mana-mana pihak berhubung perkara berkenaan.

Katanya, tindakan tidak dapat dilakukan polis sekiranya tiada laporan dilakukan.

“Kita di peringkat kementerian, kita serahkan kepada polis untuk membuat tindakan berpandukan kepada laporan polis, kalau ada. Jadi, saya bukan peguam di sini Tuan Yang Dipertua.


“Tetapi, realitinya, jika ada laporan polis, kita serahkan kepada kebijaksanaan polis untuk menilai tentang isu ini,” katanya dalam sesi pertanyaan-pertanyaan lisan dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.


Beliau menawab soalan tambahan Datuk Seri Dr. Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang bertanyakan sama ada kerajaan bersedia mengambil tindakan terhadap golongan kerabat diraja yang mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.- UTUSAN ONLINE

Kategori