Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Tak Masuk Akal Kalau...

PEP Guardiola memuji rekod pencapaian Manchester City dengan cara mereka memenangi dalam permainan...

Penggodam Jerman Bocor Maklumat...

BERLIN - Pihak berkuasa Jerman semalam berkata, seorang penggodam berusia 20 tahun mengaku...

Rampasan Dadah Paling Besar...

Yangon - Pihak berkuasa menahan 15 lelaki dan mematahkan cubaan menyeludup dadah terbesar...

Habis Drama Cinta, Michael...

BELUM lagi reda mengenai isu scene 'bercium', kini pengarah popular, Michael Ang bakal...

Lapor Penjawat Awam Hidup Mewah Melampau – SPRM

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penjawat awam yang hidup mewah melampau agar melaporkan perkara itu kepada mereka dengan segera.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Mohd. Azam Baki berkata lazimnya penjawat awam yang hidup mewah ini terlibat salah guna kuasa dan rasuah serta mempunyai jawatan tertentu dalam kerajaan.

“Bagaimana pegawai kerajaan boleh hidup mewah melampau melebihi pendapatan mereka, SPRM akan melihat daripada mana mereka (penjawat) dapat harta (melampau), adakah ia diperoleh secara sah,” katanya semasa menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel (BNC) di Wisma Bernama, di sini, malam tadi.

Beliau berkata SPRM kini membuat pemantauan teliti terhadap pegawai berjawatan tinggi termasuk melihat perolehan harta mereka.

Menurut Azam, penjawat awam yang telah bersara juga boleh dikenakan tindakan sekiranya mempunyai bukti kukuh mereka terlibat salah guna kuasa ketika dalam perkhidmatan.

“Ada kes seorang pengawai tinggi kerajaan dah bersara namun ketika perkhidmatan dia telah luluskan projek kepada syarikat, kami sedang jalankan siasatan terhadapnya.


“Pasukan Intelligence (SPRM) kini membuat pemantauan untuk tangani isu rasuah di kalangan penjawat awam yang berpangkat besar,” kata Azam.

Sementara itu Azam berkata sebanyak 280 agensi telah menandatangani Ikrar Bebas Rasuah (IBR) yang bertujuan memastikan organisasi masing-masing bebas rasuah.

“IBR mendapat sambutan dari semua pihak dan setakat ini hanya Kelantan dan Selangor belum menandatanganinya, kedua-dua negeri itu akan tandatangani IBR tidak lama lagi,” kata Azam. – BERNAMA

Kategori