Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Stevie Chan Cabar Anwar...

PORT DICKSON – Calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong hari ini mengemukakan lima...

KKR Sabah Cadang Laksana...

SANDAKAN : Kementerian Kerja Raya Sabah bercadang melaksanakan caj perkhidmatan penyelenggaraan pembetungan di...

57 Rumah Di Gugusan...

IPOH - Sebanyak 57 rumah di Gugusan Manjoi rosak teruk akibat dilanda puting...

1MDB Hanya Isu Kecil...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hanya isu kecil yang melibatkan satu...

Lantik Juruperunding Audit Bertauliah Analisis Cadangan Hapus Tol

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya akan melantik juruperunding audit bebas bertauliah pada awal Januari depan bagi membantu kerajaan membuat analisis data dan cadangan berhubung isu penghapusan kutipan tol.

Menterinya, Baru Bian berkata analisis data dan cadangan tersebut termasuklah mengurangkan beban tol secara jangka pendek, sederhana dan panjang.

“Jemaah menteri pada 31 Okt lepas setelah menimbang hala tuju industri tol negara ini telah bersetuju untuk memutuskan keputusan melantik juruperunding audit bebas bertauliah tersebut.

“Hasil kajian daripada analisis tersebut dijangka akan dibentangkan untuk pertimbangan dan persetujuan jemaah menteri pada Mei tahun hadapan,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab pertanyaan R. Sanisvara Nethaji Rayer (PH-Jelutong) yang ingin tahu bila kerajaan dijangka akan memberhentikan kutipan tol di jambatan Pulau Pinang pertama dan Lebuhraya Utara Selatan seperti yang telah dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum ke-14.


Baru berkata kerajaan Pakatan Harapan sentiasa berusaha mencari penyelesaian terbaik bagi mengurangkan kadar tol lebuh raya serta memansuhkan kutipan tol di semua lebuh raya termasuk Lebuh Raya Utara Selatan dan di jambatan Pulau Pinang, namun ia akan dilaksanakan setelah kedudukan kewangan negara berada dalam keadaan stabil dan kukuh. – BERNAMA

Kategori