Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Nawawi Sah Cabar Mahathir,...

SAH... Kerusi Parlimen Langkawi bakal menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional...

Kekasih Gelap Lin Dan...

MODEL dan pelakon, Zhao Yaqi yang dikaitkan mempunyai hubungan sulit dengan jaguh badminton...

Badan Dipenuhi Cacing Selepas...

CHINA – Kepada penggemar sushi, berhati-hati ketika menikmati makanan kegemaran anda ini.Ini kerana...

Cadang PH Bawa Usul...

ALOR SETAR - UMNO Perlis mencadangkan agar parti kerajaan Pakatan Harapan (PH) membawa...

Lantai Kayu Runtuh Tiba-Tiba Ketika Berpesta

SEKUMPULAN keluarga di Kampung Ayer, Brunei berdepan detik cemas apabila lantai kayu di kediaman mereka tiba-tiba runtuh ketika sedang asyik berpesta.

Klip berdurasi 1 minit 45 saat itu dikongsi oleh sebuah laman di Facebook memaparkan sekumpulan kanak-kanak sedang bermain rebut kerusi sambil disaksikan oleh ahli keluarga masing-masing.

Di awal pemulaan video itu, segala kelihatan tenang sahaja dengan gelak tawa kanak-kanak serta selingan sorakkan daripada para ibu bapa.

Namun beberapa saat selepas itu suasana ceria dan tenang bertukar manjadi haru-biru dan riuh rendah apabila lantai kediaman itu runtuh sehingga ada yang terperangkap di dalamnya.

Berdasarkan klip tersebut, kediaman itu dipercayai dibina di atas air dan masing-masing bertungkus lumus mengeluarkan mangsa- mangsa terjatuh yang terdiri daripada kalangan kanak-kanak dan orang dewasa.


Difahamkan mangsa yang terlibat di dalam insiden itu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Seorang pengguna Facebook; Ziman Blaspherian berkata, “Saya wakil dari Brunei tak semua orang Brunei ni kaya raya ada juga sebilangannya tinggal rumah kat atas air, rumah kayu dan lain2.. Kes tu terjadi baru ni kat Brunei di Kampung Ayer dan semuanya terselamat Alhamdulillah.”

Rata-rata netizen yang menyaksikan video tersebut menzahirkan rasa kasihan terhadap insiden yang menimpa mangsa. – MYNEWSHUB.CC

Kategori