Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Vokalis Utama Patah Kaki,...

BARU-baru ini vokalis kepada kumpulan rock popular Foo Fighters, Dave Grohl telah patah...

Rawatan Hemodialisis Mahu Diperluas...

GEORGE TOWN - Kementerian Kesihatan sedang dalam usaha memperluas perkhidmatan rawatan hemodialisis di...

Marahkan Majikan, Amah Campur...

GARA-GARA bengang selepas dimarahi kerana tidak melakukan tugas dengan baik, seorang amah Indonesia...

6 Anggota Bomba Yang...

SHAH ALAM - Enam jenazah anggota bomba yang lemas dalam operasi mencari dan...

Langkah OPEC Potong Bekalan Beri Malaysia Manfaat

KUALA LUMPUR – Malaysia akan mendapat manfaat daripada harga minyak mentah yang lebih tinggi dan stabil selepas anggota Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran pada mesyuarat di Algeria, kata pakar ekonomi.

Semalam, anggota OPEC, kecuali Iran, Libya dan Nigeria, mencapai persetujuan untuk mengurangkan pengeluaran kepada antara 32.5 juta dan 33 juta tong sehari (bpd) daripada 33.4 juta bpd pada masa ini.

Persetujuan yang dicapai buat pertama kali dalam tempoh lapan tahun ini telah membawa kepada kenaikan harga minyak mentah dalam dagangan semalaman dengan penanda aras global Brent, melonjak 5.9 peratus kepada AS$48.69 (AS$1 = RM4.11) setong.

Ahli Ekonomi MIDF Amanah Investment Bank Bhd., Izzuddin Yussof berkata pengurangan berkenaan akan menyekat penawaran minyak mentah, yang berpotensi membawa kepada pengurangan dalam bekalan dan akhirnya menjadikan harga minyak mentah lebih tinggi.

“Ia akan memberi manfaat kepada Malaysia kerana harga minyak mentah yang lebih tinggi dan stabil boleh meningkatkan sentimen perniagaan dalam sektor minyak dan gas, meningkatkan aktiviti pelaburan serta paras pekerjaan dan pendapatan,” katanya kepada Bernama.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kesan daripada pengurangan pengeluaran mungkin terhad memandangkan paras AS$50 dilihat sebagai agak rendah berbanding dengan lebih AS$100 setong pada pertengahan 2014 dengan kemungkinan syarikat minyak syal AS meningkatkan keluaran mereka sendiri.

“Syarikat-syarikat minyak dan gas Amerika Syarikat berkemungkinan menjadi pihak yang mendapat manfaat paling besar daripada persetujuan itu,” katanya.

Izzuddin berkata lebihan bekalan pada mulanya disebabkan oleh kemasukan syarikat-syarikat minyak dan gas syal ke dalam pasaran tetapi kebanyakan mereka kekal lemah kerana kejatuhan harga minyak.

“Langkah OPEC menyekat pengeluaran pada tahap yang tertentu menyebabkan harga meningkat, syarikat-syarikat minyak syal AS mungkin boleh memulakan semula operasi mereka,” katanya.

Baca: OPEC Bersetuju Kurangkan Pengeluaran Minyak

Lebihan bekalan menjadikan harga Brent merudum daripada paras kemuncak iaitu AS$115 setong pada Jun 2014 kepada paras serendah AS$27.88 pada Januari tahun ini.


Mengenai pengecualian Iran, Libya dan Nigeria daripada persetujuan itu, Izzuddin berkata, ketiadaan mereka tidak menjejaskan had keseluruhan, kerana mereka dibenarkan menghasilkan pada “tahap maksimum yang masuk akal” sebagai sebahagian daripada sebarang had pengeluaran.

“Ini bermakna pengeluaran OPEC akan kekal berada antara 32.5 juta dan 33 juta bpd,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, cabaran bagi OPEC ialah bagi 14 negara kartel, yang menyediakan hampir 40 peratus minyak mentah dunia, untuk mematuhi had yang telah ditetapkan.

“Mereka telah melanggar had 30 juta bpd yang dikenakan sendiri sejak akhir 2011,” katanya.

Iran. Libya dan Nigeria dikecualikan daripada persetujuan itu kerana negara itu mahu meningkatkan pengeluaran selepas sekatan ekonomi ditarik balik ke atas Iran pada awal tahun ini manakala Libya dan Nigeria pula atas alasan beberapa kemudahan minyak mereka rosak oleh serangan pengganas beberapa bulan kebelakangan ini.

Izzuddin kata bank pelaburan itu mengekalkan unjuran minyak mentah Brent pada AS$45 dan AS$50 setong, masing-masing pada tahun ini dan tahun depan.

“Pada masa yang sama, kami menjangkakan harga minyak mentah Brent akan mencecah AS$50 setong menjelang akhir tahun,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori