Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Peranti ‘Payudara’ Mudahkan Bapa...

GOLONGAN bapa mungkin dapat melakukan semua perkara seperti kaum ibu, kecuali melahirkan anak...

Grab Jamin Tiada Kesan...

PUTRAJAYA - Penyedia perkhidmatan e-hailing, Grab memberi jaminan penggabungan syarikat itu dengan Uber...

Saman Ibu Bapa Kerana...

SEORANG pemuda berusia 27 tahun dari New Delhi, India mahu mengambil tindakan terhadap...

RUU Keharmonian Nasional Belum...

KUALA LUMPUR - Draf Rang Undang-Undang Keharmonian Nasional belum disediakan lagi pada masa...

‘Land Swap’: SPRM Akan Panggil Zahid, Hishammuddin

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijangka akan memanggil bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berhubung siasatan skandal ‘Land Swap’ membabitkan tanah-tanah milik Kementerian Pertahanan.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, siasatan telah dimulakan sejak beberapa bulan lalu dan pihaknya sedang menyemak laporan audit bagi mengesan isu-isu jenayah yang berlaku dalam kementerian berkenaan.

“Hishammuddin juga ada kemukakan satu laporan lain kepada kita minggu lalu berkaitan kes sama.

“Buat masa ini, kita tidak menahan sesiapa dan kita akan memanggil sesiapa sahaja saksi-saksi terlibat bagi membantu siasatan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Kursus ‘Anti-Corruption Training’ untuk Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Nasional (ONACC) Thailand, di sini hari ini.

Minggu lalu, Kementerian Pertahanan membuat dua laporan kepada SPRM susulan Laporan Jawatankuasa Siasatan Tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang mendedahkan 16 projek ‘Land Swap’ membabitkan tanah-tanah milik kementerian itu. – UTUSAN ONLINE

Kategori