Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pemilik Leicester City Sah...

LEICESTER CITY - Jutawan pemilik Leicester City yang juga rakyat Thailand disahkan sebagai...

Wanita Maut, Suami Parah...

SHAH ALAM - Seorang wanita maut manakala suaminya cedera parah selepas motosikal yang...

Tindakan Sewajarnya Jika Susu...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan mengambil tindakan sewajarnya jika disahkan susu rumusan bayi...

PAS Minta Rakyat Waspada...

KUALA LUMPUR - PAS meminta umat Islam Malaysia tidak terlena dan terlupa dengan...

Lama Kerja Dengan Suami, Lisa Bagai Lupa Dunia Seni

SETELAH sekian lama tidak beraksi di hadpaan lensa kamera, pelakon Lisa Surihani kini akui bahawa dia berasa lebih selesa bekerja bersama suaminya, Yusry KRU.

Disebabkan keselesaan itu, Lisa dilihat seperti sudah melupakan dunia seni selepas melahirkan anak sulungnya, Yahaira Leanne sekitar tiga tahun lalu.

Walaupun sibuk menjaga anak serta membantu suami menguruskan syarikat, pelakon berusia 32 tahun itu turut mengakui bahawa dia berasa rindu akan dunia lakonan.

“Apabila saya dan suami bekerja, moodnya baik dan profesional. Berselisih faham itu normal. Biarpun berselisih pendapat atau bercanggah idea, kami tetap profesional dalam membuat keputusan.

“Kami letak ketepi ego masing-masing dalam urusan kerja. Biarpun saya masih dalam proses belajar jika dibandingkan Yusry yang sudah 26 tahun berpengalaman dalam bidang seni kreatif, saya tiada masalah bekerja dengannya dan sangat selesa,” katanya ketika ditemui oleh pihak BH Online.

Kini, Lisa telah bernaung di bawah syarikat pengurusan Rocketfuel Entertainment yang mana organisasi berkenaan telah terbabit dalam merancang untuk membawa dirinya kembali aktif dalam drama televisyen.

“Saya kena tengok dulu bagaimana… Saya mesti lihat skrip dan jadual penggambaran sebab anak-anak masih kecil. Jadi, kenalah ikut jadual saya,” ujarnya lagi.


Sebagai seorang ibu dan isteri, Lisa begitu menitik beratkan soal penjagaan keluarga serta pembesaran anak-anaknya kerana semestinya dia tidak mahu karier seni yang telah dibina selama 21 tahun itu menjadi punca dia mengabaikan tugasnya sebagai seorang ibu.

Dalam masa yang sama, Lisa turut memberitahu bahawa niat dia dan Yusry untuk menghantar Yahaira ke sekolah terpaksa ditangguhkan atas sebab masalah kesihatan.

“Saya cuba hantar Yahaira ke sekolah, tetapi dia dijangkiti Influenza A. Selepas keluar dari hospital dan kembali ke sekolah, sakit lain pula datang.

“Jadi, kami beli bahan bacaan dan muat turun aplikasi untuk dia belajar di rumah. Buat masa sekarang, biarlah dia belajar di rumah dulu,” tambahnya lagi.

Sepanjang bulan Ramadan ini, Lisa memilih untuk lebih menghabiskan masa di rumah untuk beribadat serta meluangkan masa bersama keluarga tersayang.

Hasil perkahwinannya bersama dengan Yusry pada tahun 2012 lalu, Lisa telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, 3 dan Yusof Leonne, 1. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori