Laluan Keluar Masuk Ke Wuhan Dibuka Semula 8 April

BEIJING – Kerajaan China akan membuka semula laluan keluar dan masuk ke Wuhan mulai 8 April, yang sebelum ini dikenakan sekatan susulan bandar itu menjadi pusat penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Menurut kenyataan pusat pencegahan dan membanteras Covid-19 Wuhan hari ini, bermula tengah malam 8 April, langkah kawalan dan pengurusan perjalanan dari Wuhan akan ditarik balik. Laluan keluar masuk akan dibuka semula secara berperingkat.

Wuhan terpisah dari dunia luar sejak 23 Januari ekoran penularan wabak yang telah meragut ribuan nyawa itu.

Agensi berita Sputnik melaporkan, sekatan itu menyaksikan perkhidmatan pengangkutan dalam bandar digantung dan lapangan terbang serta stesen kereta api ditutup. 

Loading...