Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Hana Bengang Watie Tak...

KEMELUT antara dua sahabat, Hana Adnan dan Watie Sadali nampaknya masih belum mencapai...

SPRM Nafi Keluar Kenyataan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pegawai kanannya mengeluarkan kenyataan bahawa...

LHDN Nafi Serbu Pembayar...

PUTRAJAYA - Hasil siasatan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapati pembayar cukai yang...

Kes Sedikit Meningkat, 6,144...

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan jumlah kes COVID-19 sedikit tinggi pada Khamis apabila 6,144...

Lakonan Diterima, Loghat Utara Angkat Nama Eyra

MESKIPUN sudah hampir 10 tahun menjadi anak seni, kini pelakon manis Erya Hazali mula dikenali ramai selepas lakonannya yang semula jadi telah berjaya menambat hati penonton.

Eyra, atau nama sebenarnya Hazirah Qasdina Hazali tidak menyangka bahawa lakonannya menerusi drama bersiri Mr. Grey gandingan bersama pelakon Fendy Bakry telah berjaya mendapat sambutan hangat daripada penonton sehingga ia trending di laman Twitter.

“Ketika menjalani penggambaran drama ini, saya tak terfikir ia akan mendapat sambutan luar biasa,” katanya dipetik daripada portal BH Online.

Menerusi drama berkenaan, Eyra telah membawa watak sebagai Nisa Ardina, seorang gadis kampung yang berasal dari Utara.

Malah, disebabkan ahli keluarganya juga berasal dari Pulau Pinang, ia memberi kelebihan kepada gadis berusia 19 tahun itu untuk melakonkan watak sebagai seorang gadis Utara.

“Loghat utara saya juga dipuji… Nasiblah ada kelebihan kerana bapa dan datuk berasal dari Pulau Pinang, jadi tidaklah kekok.

“Saya sangat berterima kasih kepada peminat yang memberi komen dan pandangan positif,” tambahnya.

Sebelum ini, penonton hanya mengenali dirinya sebagai Eyra sahaja, tetapi selepas drama berkenaan, ramai peminat menegurnya dengan nama watak ‘Nisa’ kerana menggemari gaya lakonannya itu.

“Lucunya ada yang menyapa dengan loghat utara sama seperti dialog saya dalam drama berkenaan,” ujarnya lagi.


Dalam masa yang sama, selepas bakatnya mula terserlah, pemenang anugerah Pelakon Kanak-Kanak Terbaik di Anugerah Sri Angkasa 2010 itu turut memberitahu bahawa ramai pengarah dan penerbit tempatan mula menyedari bakatnya itu.

Eyra telah menceburi bidang seni semenjak kecil lagi iaitu pada usianya baru menjangkau sembilan tahun.

“Rata-rata ramai tidak sangka saya boleh membawa watak seperti Nisa. Ramai yang mula memandang bakat saya biarpun sudah mula berlakon sejak kanak-kanak.

“Namun, saya bersyukur biarpun lambat mendapat perhatian. Setiap orang ada laluan dan cara tersendiri dalam hidup serta kerjaya,” katanya.

Beberapa hari lalu, media tempatan ada menyiarkan berita tentang hubungannya bersama dengan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Haziq Nasli, 20.

Namun, sebagai anak seni yang sedang meningkat naik, Eyra tidak mahu mengulas panjang mengenai hubungan mereka kerana baginya usianya masih terlalu muda jika ingin berbincara tentang hal percintaan.

Bagaimanapun, gadis kelahiran ibu kota Kuala Lumpur itu juga hanya mahu hubungan mereka menjadi tanda tanya walaupun kedua-duanya sering memuat naik gambar bersama. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori