Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

GST – Senarai Barang...

UMUM mengetahui cukai barangan dan perkhidmatan (GST) akan dilaksanakan pada 1 April kelak.Walaupun...

Najib Pertahan Diri Dana...

TEGAS... Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pendiriannya sebelum ini bahawa dana RM2.6 bilion...

5 Beranak Tinggal Di...

KUALA NERANG - Lima beranak yang tinggal dalam sebuah pondok daif yang tidak...

Ribut: 80 Rumah Di...

SIK - Kira-kira 80 rumah membabitkan lebih kurang 300 isi rumah, terjejas akibat...

“Lain Kali Takde Duit Naik Rapid KL Lah P*****”

SEJAK semalam menjadi tular menerusi laman Twitter memaparkan seorang pemandu Grab meluahkan rasa kesal terhadap sikap penumpangnya.

Ia melibatkan kes mengenai sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan yang telah menyebabkan pemandu tersebut mengalami kerugian sehingga RM31.

Pemandu Grab yang dikenali sebagai Hani itu berkata, individu tersebut memberi alasan mengatakan tertinggal dompet dan berjanji akan membuat bayaran secara ‘online transfer’.

Bagaimanapun, sehingga sekarang pemandu berkenaan masih belum lagi menerima apa-apa bayaran dijanjikan daripada penumpang tersebut.

“Kalau tak ada duit, tak payah naik Grab lah setan! Sudahlah trip RM31, lepas tu cakap wallet tertinggal. Nak bank-in, tak bank-in sampai ke sudah.

“Orang buat Grab untuk cari rezeki, tapi kena game pula ada. Ada nampak saya happy ke? Eh! Geramnya. Lain kali tak ada duit, naik Rapid KL lah p*****,” ujarnya menerusi posting berkenaan.

Perkongsian mangsa yang berjaya mendapat lebih daripada 7,000 retweets itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen menerusi laman sosial tersebut.


Ada segelintir yang mencadangkan agar pihak Grab menetapkan penumpang perlu membayar deposit terlebih dahulu bagi sesuatu perjalanan jauh jaraknya.

Tidak kurang juga yang meminta pemandu tersebut hanya redha dengan apa yang telah berlaku.

“Tak boleh jadi ni. Grab and Uber kena buat deposit untuk customer yang perjalanan mahal. Contoh one way RM100. Deposit RM70. Dah sampai baru bagi lagi RM30,” komen @mhakiem26.

“Jangan marah-marah. Sabar hari awak hilang RM31. Mana tahu berkat kesabaran awak tu nanti Allah gant balik dengan RM310… Mana kita tahu. Tak mustahil ia terjadi. sabar yer cik adik…,” ujar @asmadi70275553

Sabar je lah dik… Setiap yang berlaku ada hikmahnya… – MYNEWSHUB.CC/AM

  • Lagi berita berkaitan:
  • Grab

Kategori