Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Risiko Wanita Hamil Kena...

KUALA LUMPUR - Risiko dijangkiti virus Zika bagi wanita hamil bukan hanya pada...

Penduduk Bantah Lori Bauksit...

KUANTAN - Kira-kira 150 penduduk di Taman Balok Baru di sini mengadakan demonstrasi...

TH Nasihat Hati-Hati Tawaran...

KUALA LUMPUR - Lembaga Tabung Haji (TH) menasihatkan orang ramai lebih berhati-hati dengan...

Jamal Hadir Mahkamah Naik...

AMPANG - Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu Datuk Seri Jamal Md. Yunos...

Lagu ‘True Love’ Inspirasi Neelofa Untuk Fattah?

SEPERTI ramai tahu, percintaan antara pelakon Fattah Amin dan Neelofa telah pun menemui titik noktah apabila masing-masing mengakui pernah menjalinkan hubungan suatu ketika dahulu.

Pun begitu, pasangan masih lagi dikaitkan bersama gara-gara gelombang LoFattah yang dibawa mereka.

Lagu 'True Love' Inspirasi Neelofa Untuk Fattah?

Terbaharu, video tudung milik jenama Neelofa iaitu #NHTRUELOVE pula menjadi trending di laman YouTube gara-gara ramai peminat yang beranggapan kisah video itu mengaitkan cerita cinta antara Neelofa dan Fattah.

Tanpa berselindung kepada peminat, Neelofa akui video dan lagu tema #NHTRUELOVE itu berinspirasikan kisah cintanya, namun bintang itu memilih enggan mengulas lanjut individu atau kisah cinta yang dimaksudkan.

“Saya tidak dapat beritahu lebih terperinci mengenai kisah cinta yang dimaksudkan dalam video ini.

“Saya juga serahkan kepada penonton untuk menilainya sendiri,” katanya kepada Harian Metro.


Bintang ini ditemui selepas pelancaran majlis pelancaran koleksi Naelofar Hijab Raya 2017 dan video eksklusif #NHTRUELOVE di Petaling Jaya, Selangor, semalam.

Menerusi babak video lagu itu, Neelofa dilihat jatuh cinta dengan seorang pelakon di set penggambaran. Mereka sering berbalas mesej dan Neelofa pernah menemani aktor itu bermain futsal.

Kisah itu seakan menyerupai kisah cinta Neelofa dan Fattah Amin suatu ketika dahulu. – MYNEWSHUB.CC

Kategori