Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

KPM Laksana Pemutihan Tanah...

KAJANG : Kementerian Pendidikan (KPM) sedang menjalankan proses pemutihan ke atas pemilikan tanah...

LG Ice Cream Smart,...

Adakah anda merindui dengan telefon boleh lipat seperti Motorola Razr?Bentuknya begitu eligan dan...

Mohamad Ezam Timbalan Pengerusi...

SHAH ALAM - Datuk Mohamad Ezam Mohd Nor secara rasmi dilantik sebagai Timbalan...

Pemandu Tersepit Lebih 4...

SHAH ALAM - Selepas lebih empat jam seorang pemandu lori tersepit apabila sebahagian...

Lagu Raya Evergreen Sepanjang Zaman

BEGITU pantas masa berlalu, sekelip mata sahaja Ramadan yang mulia bakal melabuhkan tirai. Beberapa hari lagi bulan kemenangan bagi umat Islam bakal menjelma iaitu bulan Syawal bagi meraikan amal ibadah yang dilakukan sepanjang Ramadan.

Lagu-lagu raya telah pun berkumandang di corong-corong radio dan puasat-pusat membeli-belah, keterujaan dan kegembiraan untuk menyambut hari raya kian dirasai.

Menariknya, walaupun sudah dimamah usia, lagu-lagu raya lama ini masih mampu ‘menyengat’ sekali gus terus memberi saingan kepada lagu-lagu raya ciptaan baharu.

Lebih mengagumkan, lagu-lagu raya lama ini terus mekar dan segar dalam jiwa pendengarnya. Di sini Mynewshub ingin berkongsikan beberapa lagu raya klasik yang popular evergreen sepanjang zaman yang pasti tidak jemu telinga mendengarnya.

Lagu Raya Lama Tidak Ditelan Zaman

Sesuci Lebaran – Datuk Siti Nurhaliza

Lagu ini menyeru setiap insan untuk saling memohon maaf di pagi raya dan bergembira bersama keluarga. Namun lagu ini antara lagu raya era baru yang mudah diterima oleh semua lapisan baik dewasa ataupun cilik kerana melodinya yang catchy dan lirik yang mudah dihafal. Tambahan pula, lagu raya daripada Datuk Siti memang tidak mengecewakan.

Lagu Raya Lama Tidak Ditelan Zaman

Allahyarham P.Ramlee -Dendang Perantau

Lagu ini ditujukan khas untuk anak-anak rantau yang tidak dapat pulang beraya di kampung halaman bersama keluarga dan sanak saudara. Walaupun melodinya mampu membuatkan rasa sebak di hati, namun lagu ini tetap menjadi antara lagu yang sering di putar corong radio.


Lagu Raya Lama Tidak Ditelan Zaman

Anuar Zain dan Elina- Suasana Hari raya

Bagi pembaca-pembaca yang lahir pada taahun 80an dan 90an pasti tidak asing lagi dengan lagu raya daripada dua penyanyi cilik ini. Walaupun sudan menginjak dewasa lagu ini tetap menjadi halwa telinga menjelang hari lebaran.

Lagu Raya Lama Tidak Ditelan Zaman

Allahyarham Sudirman-Balik kampung

Siapa yang tidak hafal lagu ini? Malah kanak-kanak juga tahu lagu paling wajib bila tiba hari raya ini. Melodi yang rancak dan lirik yang sangat indah membuatkan sesiapa yang mendengarnya tak sabar mahu pulang ke kampung halaman.

Semoga lagu-lagu ini dapat membangkitkan lagi semangat hari raya dan rasa keterujaan untuk pulang ke kampung. Selamat menyambut Aidilfitri dari kami kakitangan Mynewshub.
-MYNEWSHUB.CC

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori