Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

RON95 Dipurata Sebelum 1...

KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memuratakan harga pasaran dunia bagi minyak petrol RON95...

Sikap Rakyat Punca Pekerja...

PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad menjelaskan kehadiran pekerja asing ke dalam negara...

Tiga Maut Pusat Karaoke...

ALOR SETAR : Tiga pengunjung di sebuah pusat karaoke ditemukan maut dalam kebakaran...

Wanita Diserang Hanya Kerana...

China – Hanya kerana diminta menukar tempat duduk, seorang pekerja keretapi telah diserang...

Lagu ‘Hati Ku Luka Lagi’ Gamatkan DUN Perak

IPOH – Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini gamat apabila seorang wakil rakyat menyanyikan lagu ‘Hati ku luka lagi’ bagi menyindir kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika perbahasan penggulungan titah Sultan Perak.

ADUN Kuala Sepetang dari Barisan Nasional (BN), Mohd. Kamaruddin Abu Bakar yang pada mulanya berbahas dengan membangkitkan beberapa isu di kawasannya, meminta kebenaran daripada Speaker DUN, Datuk Ngeh Koo Ham untuk menyanyi ketika mahu menutup perbahasannya.

Koo Ham kemudiannya membenarkan Mohd. Kamaruddin menyanyi dengan alasan perbahasan boleh disampaikan dalam pelbagai gaya termasuk menyanyi.

Mohd. Kamaruddin hanya menyanyikan dua baris lagu popular kumpulan Black Dog Bone’ iaitu ‘Harapan setinggi gunung, Berderai menjadi debu’ sambil mendepakan kedua-dua belah tangannya sebelum mengakhiri perbahasan.

Gelagat beliau menyebabkan semua ahli DUN ketawa sambil bertepuk tangan kerana wakil rakyat itu menampilkan gaya berlainan ketika sesi perbahasan.


Lagi ‘Hati ku luka lagi’ sering dijadikan lagu untuk menyindir kerajaan PH kerana gagal menunaikan janji manifesto selepas menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14). – UTUSAN ONLINE

Kategori