Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

LGBT Takut Polis, Enggan...

Golongan LGBT yang menjadi mangsa keganasan atau diskriminasi lebih suka menderita dalam diam...

Bot Tempatan Guna Nelayan...

JOHOR BAHRU - Kegiatan licik nelayan asing menangkap ikan secara haram menggunakan bot...

Menggigil Bila Dengar Ketukan...

ALOR GAJAH - "Menggigil saya apabila mendapati tiada sesiapa di luar sedangkan cara...

Rasuah: Sarjan Polis Wanita...

ALOR SETAR - Seorang anggota polis wanita berpangkat sarjan tidak mengaku salah di...

Lagu ‘Demi Cinta’ Untuk Penduduk Kuala Kangsar

KUALA KANGSAR – “Ayuh bangun, bersatu nawaitu, demi Kuale ku, mari berjuang panjatkan doa, Kuale kita punya,” demikian antara rangkap lagu berjudul ‘Demi Cinta’ yang dihasilkan oleh Wan Imar Izzat Wan Mohammad Khair-il Anuar.

Lagu gubahan anak calon Barisan Nasional (BN) kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid itu adalah untuk penduduk kawasan parlimen berkenaan, mengajak mereka bersama-sama meneruskan perjuangan ibunya yang juga penyandang kerusi tersebut.

Wan Imar Izzat, 27, berkata idea mencipta lagu itu tercetus daripada program ziarah ‘Demi Cinta’ ibunya dan merupakan simbolik cinta terhadap perjuangan rakyat Kuala Kangsar serta Mastura dalam meneruskan perjuangan arwah suaminya Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad, bekas anggota parlimen kawasan berkenaan.

“Lagu ini pembakar semangat buat semua warga kuale (Kuala Kangsar) dengan konteks lagu berunsur perjuangan warga Kuala Kangsar untuk mengecapi kejayaan dalam pelbagai bidang, sekali gus meletakkan nama Kuala Kangsar di mata dunia.

“Semuanya demi cinta kepada warga kuale, kuale sendiri dan negara,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Wan Imar Izzat berkata lirik lagu itu dicipta oleh beliau sendiri bersama abangnya Wan Emir Astar, 28, yang mengambil masa kurang daripada sebulan untuk siap sepenuhnya.

“Alhamdulillah maklum balas daripada orang Kuala Kangsar sangat bagus dan sesuatu yang tidak dijangkakan kerana lagu itu dicipta dalam masa yang sangat singkat.


“Saya rasa bersyukur kerana ini adalah lagu sulung pembakar semangat dan lagu untuk orang Kuala Kangsar,” katanya sambil menambah lagu itu mula disiarkan Facebook Mastura Mohd Yazid dan YouTube.

Anak kedua daripada empat beradik itu berkata beliau bersama Wan Emir, Wan Iskandar, 25 dan Wan Amar, 21, sentiasa membantu ibu mereka berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ini.

“Kempen PRU14 adalah pengalaman hebat kerana ia secara langsung dapat menyambung kerja arwah ayah demi Kuala Kangsar dan dapat membantu ibu dalam meneruskan legasi kerja baik ayah,” katanya.

Pada PRU14 ini, Mastura dicabar Khairil Idham Lim Abdullah daripada PAS dan Dr. Ahmad Termizi Ramli (PKR-Amanah). – BERNAMA

Kategori