Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Kanak-Kanak 17 Bulan...

TIDAK dinafikan ada ibu bapa yang kadangkala suka melihat anak-anak mereka melakukan aksi tidak...

Mahasiswa KBGUM Hadiri Sesi...

KUALA LUMPUR - Mahasiswa Fakulti Undang-undang Universiti Malaya (UM) dibenar untuk menghadiri dan...

Wanita Warga Emas, Cucu...

SANDAKAN - Seorang wanita warga emas maut manakala cucu lelakinya cedera selepas dilanggar...

Malaysia Negara Pertama Lancar...

KUALA LUMPUR - Malaysia merupakan negara pertama dipilih untuk pelancaran 'Youth for Education,...

Lagi Mayat Dengan Kesan Tikaman Dalam Longkang Shah Alam

KUALA LUMPUR – Jika Isnin lalu seorang juruteknik dikejutkan dengan penemuan mayat wanita dengan 13 kesan tikaman dalam bagasi pakaian di Shah Alam, hari ini satu lagi mayat ditemui juga dengan kesan tikaman di Seksyen 31.

Seorang peniaga wanita di pasar pagi Ahad di kawasan letak kereta Persiaran Anggerik Mokara Seksyen 31 membuat aduan di Balai Polis Kota Kemuning mengenai penemuan mayat tersebut selepas terhidu bau busuk dari longkang behampiran kawasan berniaga.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, mayat lelaki berkulit cerah dan tidak dikenali itu ditemui di dalam longkang di Persiaran Anggerik Renantanda, Seksyen 31 Shah Alam sekitar 8.30 pagi tadi.

“Siasatan pemeriksaan awal mendapati mayat dalam keadaan mengereng sebelah kanan dengan memakai baju kemeja T berwarna biru gelap bertulis Emirates dan seluar panjang gelap.

“Forensik IPK Selangor dan Unit Anjing K9 telah hadir membantu siasatan dan daripada pandangan mata kasar, terdapat tiga kesan dipercayai tikaman objek tajam pada perut mayat tetapi tiada kesan kecederaan lain.

“Mangsa disyaki telah mati dalam tempoh 24 jam dan dianggarkan berumur dalam 30-an dan tiada tanda suntikan BCG malah tiada sebarang dokumen pengenalan diri dijumpai pada mayat dan sekitar lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Tambah beliau, mayat telah dihantar ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah Klang untuk dibedah siasat oleh Dr. Kartini 9 pagi esok.

“Kes sedang disiasat dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berdasarkan kesan tikaman yang ditemui polis pada mayat.

“Siasatan diteruskan untuk kenalpasti identiti mayat dan kejadian yang berlaku tetapi sehingga kini belum ada sebarang tangkapan dibuat.

“Orang ramai yg mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, ASP Yong Meng Heng di talian HP : 019-5753399 atau Pejabat : 03-55202222,” tegasnya lagi.

Kategori