Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

1MDB Nafi Dihubungi Mana-Mana...

KUALA LUMPUR - 1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menjelaskan bahawa ia belum dihubungi mana-mana...

PH Jemput Sanusi Hadir...

ALOR SETAR : Pakatan Harapan (PH) Kedah menjemput Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad...

RM100 Juta Kerja Pascabanjir

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyediakan RM100 juta bagi menggerakkan kerja pascabanjir.Selain itu, Perdana Menteri,...

Pusat Pemindahan Banjir Di...

KUCHING - Berikutan keadaan cuaca bertambah baik sejak semalam, pusat pemindahan banjir di...

Lagi Kes Pelancong China Buang Air Di Tempat Awam

BAHARU sahaja kita dikecohkan dengan insiden dua warga China yang berdegil untuk membuang air kecil di tempat mengambil wuduk di sebuah stesen Transit Aliran Massa (MRT).

Insiden tersebut nyata menimbulkan kemarahan membuak daripada pelbagai pihak yang mengecam sikap segelintar pelancong daripada negara Tembok Besar itu.

Namun bagaikan ingin ‘berlumba siapa lagi pengotor’ kini muncul pula insiden sama melibatkan pelancong China yang dirakam melakukan perbuatan jijik itu di sebuah pusat Membeli belah di Kota Kinabalu, Sabah.

Menerusi perkongsian daripada pengguna Facebook Edrie Mc, dia merakam kegiatan tidak bertamadun itu pada tengah hari ini ketika berkungjung di pusat beli belah Suria Sabah.

“Pemandangan yang membuatkan saya rasa jijik pada setiap kali, iaitu buang air kecil atau berak di tempat awam dan kali ini ia berlaku di pusat belah belah.

“Pelancong ini bukannya tidak tahu terdapat papan tanda yang menunjukkan lokasi tandas dan kalau tidak sekalipun boleh merujuk di kaunter maklumat,” tulisnya beberapa jam lalu.


Difahamkan, kejadian itu dirakam pada jam 1.30 petang dan pasangan itu turut dikatakan menyalin lampin bayi mereka yang kotor selepas melepaskan ‘hajat’ bersama.

Tambah Edrie, dia mempercayai keluarga berkenaan merupakan pelancong asing selepas terdengar dialek pekat yang jelas tidak sama dengan penduduk tempatan.

Sementara itu netizen di laman sosial melahirkan rasa kurang senang dengan sikap ‘terkenal’ daripada pelancong itu dan menyarankan agar pihak pengurusan pusat beli belah memberikan notis peringat penting buat setiap pelancong luar. – MYNEWSHUB.CC

*Video di bawah sekadar hiasan…

Kategori