Lagi Kes Islamofobia, Khatib Diserang Ketika Ke Masjid

WASHINGTON DC – Seorang penyelidik Islam dalam perjalanan ke masjid untuk menyampaikan khutbah Jumaat baru-baru ini, diserang lelaki tidak dikenali, lapor media tempatan.

Rashid Dar, seorang penyelidik pusat pemikir Brookings sedang berjalan bersama saudara lelakinya di stesen metro Dupont ketika disapa lelaki tidak dikenali yang kemudian menumbuk bahagian lehernya.

Saudaranya cuba berusaha mengejar penyerang namun suspek berjaya melarikan diri.

Dar memakai jubah hitam dan kopiah ketika serangan berkata, beliau yakin serangan itu dilakukan hanya kerana dirinya berpakaian seperti seorang imam.

“Saya yakin saya diserang kerana cara saya berpakaian.

Adalah menjadi kebiasaan saya berpakaian seperti ini pada setiap hari Jumaat.

Saya bangga sebagai seorang Islam. Saya merasa tak perlu mohon maaf,” katanya. Dar membuat laporan polis berhubung serangan itu.

Beliau juga mengakui itu adalah insiden pertama diserang sepanjang menetap di Washington, namun isterinya yang bertudung, lebih kerap berdepan dengan Islamofobia. – Agensi/BH ONLINE

Loading...