Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

PBS Mungkin Rujuk Kembali...

KIMANIS - Parti Bersatu Sabah (PBS) yang keluar daripada Barisan Nasional (BN) selepas...

20,988 Kes Baharu Covid-19...

KUALA LUMPUR - Jumlah kes baharu Covid-19 hari ini kembali meningkat kepada 20,988...

Ebit Lew Mengaku Tidak...

TENOM : Pendakwah terkenal Ebit Lew mengaku tidak bersalah atas 11 pertuduhan terhadapnya...

DBP Bantah Tukar Hari...

SHAH ALAM - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) membantah keputusan Kementerian Belia dan...

Lagi Isu Tentang Hutang Dan Jual Aset – Najib

Dari Facebook Najib Razak

BERHUBUNG dengan posting saya tadi mengenai pinjaman baru kerajaan dan penjualan aset negara bagi tahun 2021, saya nak belanja korang tengok magic show.

Sebelum magic show bermula, saya nak ulas sedikit tentang asas nisbah hutang kepada KDNK (saiz ekonomi).

Nisbah ini amat simple. Ianya jumlah hutang bahagi KDNK sahaja.

Jadi, bila jumlah hutang naik dan KDNK kekal sama maka nisbah naik.

Jika hutang kekal sama dan KDNK naik pula maka nisbah akan turun.

Matematik asas.

Tapi kini ada kes di mana nisbah boleh pulak turun mendadak walaupun jumlah hutang naik tinggi dan KDNK turun!

Magic!

Minggu lepas, Kementerian Kewangan kerajaan PN telah keluarkan laporan fiskal bagi suku 1 tahun 2021.

Dalam laporan itu, mereka mengaku jumlah hutang negara sudah naik RM38 bulan dalam tempoh 3 bulan (dalam darurat) ke RM917.5 bilion pada suku 1 tahun 2021 dari RM879.6 bilion pada suku 4 tahun 2020.

https://www.mof.gov.my/pdf/ekonomi/suku-tahunan/202101/ (page 10)

Hutang kerajaan pada akhir suku 4 tahun 2020 juga disahkan sebanyak RM879.6 bilion iaitu nisbah 62.2% dalam laporan fiskal rasmi Kementerian Kewangan.
https://www.mof.gov.my/pdf/ekonomi/suku-tahunan/202004/ (page 10)

Kenaikan hutang sebanyak RM38b ke RM917.5 bilion bagi tempoh 3 bulan suku pertama tahun 2021 juga terkandung dalam laporan BNM di sini:
https://www.bnm.gov.my/documents/20124///25a1f5dc-df39-ecc2-1289-4f0f42bc7139/

Dan KDNK bagi suku pertama tahun 2021 juga disahkan negatif 0.5% – iaitu saiz ekonomi masih menguncup.

“11 Mei 2021: Ekonomi Malaysia menguncup 0.5 peratus pada suku pertama”
https://www.bernama.com/bm/news.php?id=1960874

Saiz hutang naik. saiz KDNK turun tapi nisbah hutang kepada KDNK boleh pulak turun mendadak dari 62.2% kepada 58.5% dalam tempoh 3 bulan pula.

Magic!

Mengikut pengiraan saya, nisbah ini sepatutnya naik dari 62.2% kepada 64.6% – bukan turun ke 58.5%.


Siapa yang percaya hutang negara turun mendadak pada suku 1 tahun 2021 pada ketika ekonomi lembab akibat Covid, sila angkat tangan!

(Yang angkat tangan itu, semua Jkom atau gagal matematik)

Tapi kenapa pulak magic boleh dan perlu berlaku pada laporan rasmi Kementerian Kewangan pulak?

Jawapannya ialah pada bulan Ogos 2020 lalu, kerajaan sudah usulkan dan luluskan kenaikan had hutang rasmi dari 55% ke 60%.

“6 Ogos 2020: Usul had statutori hutang negara dinaikkan 60 peratus daripada KDNK”
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/08/718725/usul-had-statutori-hutang-negara-dinaikkan-60-peratus-daripada-kdnk

Tapi nisbah ini sudah cecah had 60% apabila ianya naik ke 62.2% pada akhir tahun lepas.

Masa itu saya sudah tunjuk dan buktikan.

Jadi untuk elak saya bertanya lagi apabila nisbah naik lagi ke 64.6% dan untuk elak buka parlimen untuk bawa usul sekali lagi untuk naikkan lagi had hutang dari 60% ke 65%, mereka pun ejas goal post dan ejas definasi hutang supaya nisbah ini tiba-tiba jatuh mendadak ke 58.5% dan di bawah had 60% kerajaan sendiri.

(Jika saya tahu boleh buat magic dan main-main ejas macam ini, tak perlulah saya penat-penat untuk kurangkan defisit negara dan nisbah hutang ini bagi 8 tahun berturut-turut semasa saya PM. Rugi saya.)

Kerajaan PN boleh tipu sendiri dan tipu Jkom.

Tapi agensi kewangan antarabangsa, penganalisis ekonomi dan pelabur asing yang tak gagal matematik hanya akan ketawakan korang dan cop korang sebagai penipu data rasmi fiskal kerajaan.

Lagi pelabur asing tak masuk ke sini.

Data rasmi fiskal tak betul tak apa, asalkan parlimen jangan buka.

Nanti Najib tanya dalam parlimen apa jenama kalkulator korang pakai sehingga pengiraan magic boleh berlaku.

Jenama Guan Eng edisi salah titik perpuluhan ke?

Kategori