Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Pelanggan Tegur Penjawat Awam...

KAMI pasti ramai yang pernah berhadapan dengan pengalaman terpaksa menunggu untuk berurusan dengan...

PPM Sandakan Rampas 1,890...

SANDAKAN - Pasukan Polis Marin (PPM) Sandakan merampas 1,890 bungkus rokok seludup pelbagai...

Hentian Bas Di Singapura...

SINGAPURA - Ketika penduduk Singapura gembira tiada lagi masalah jerebu dari Indonesia, tanpa...

Piala AFC: Annuar Doakan...

KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa...

Lagi 4 Kluster COVID-19 Dikesan

PUTRAJAYA – Empat kluster baharu dikesan, masing-masing satu kluster di Sabah, Negeri Sembilan, Perak dan Labuan. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster di Sabah dinamakan Kluster Olive dan membabitkan beberapa daerah di negeri lain. 

“Kluster baharu ini membabitkan daerah Hulu Langat di negeri Selangor dan daerah Kota Marudu dan Penampang di negeri Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke 11,489) ini dikenal pasti di Selangor hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi (Sabah). 

“Kes dikesan positif COVID-19 pada 2 Oktober lalu sebelum dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh dan sehingga kini 16 lagi kes positif dilaporkan dalam kluster ini,” katanya pada sidang media COVID-19, di sini hari ini. 

Bagi kluster baharu iaitu Kluster Bah Pasir ia dikesan di Negeri Sembilan dan Putrajaya dan sehingga kini sudah menjangkiti lima individu. 


Kluster lain ialah Kluster Bah Pengkalan, Perak iaitu kes indeks mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko iaitu Sabah. 

Kluster ini sudah menjangkiti enam individu. 

“Kluster keempat ialah Kluster Saguking yang dikesan di Labuan dan sehingga kini sudah menjangkiti lima individu,” katanya. – BH Online

Kategori