Lagenda Bola Sepak Selangor Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR – Legenda bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Shah Alam, pukul 9.30 malam tadi.

Perkara itu disahkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menerusi akaun Facebook rasmi Persatuan berkenaan.

Jenazah Allahyarham akan dimandikan pagi ini dan solat jenazah diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 9.30 pagi sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21.

Anuar yang aktif sekitar tahun 90-an pernah membantu pasukan Red Giants menjadi Juara Piala Liga Premier dan Juara Piala Malaysia selain pernah menyarung jersi pasukan Johor, Pulau Pinang serta Kelantan.

Allahyarham juga pernah menyarung jersi kebangsaan antara 1993 hingga 1997 dan beraksi di posisi tengah dan penyerang.

Loading...