Lady Gaga Ungguli Anugerah Golden Globes

LOS ANGELES – Lady Gaga memenangi anugerah pertama daripada beberapa anugerah Golden Globes yang dijangka dimenanginya untuk filem ‘A Star is Born’ menerusi runut bunyi asal, ‘Shallow’.

Bintang pop itu juga menjadi pilihan untuk membawa pulang anugerah pelakon wanita terbaik Globes dalam filem sama, peranan utama pertamanya, pada majlis yang diadakan di Beverly Hills.

“Sebagai wanita yang terbabit dalam muzik, agak sukar diterima secara serius sebagai pemusik dan penulis lagu,” kata penyanyi itu ketika menerima anugerahnya dalam gaun anggun berwarna lavender dengan gaya rambut birunya.

Seperti mana dijangka, pengarah kelahiran Mexico, Alfonso Cuaron menepati ramalan, apabila berjaya merangkul anugerah bagi kategori filem bahasa asing terbaik, ‘Roma’, filem semi-autobiografi hitam dan putih.

Acara malam anugerah itu juga kenangan terindah buat Sandra Oh, yang turut menjadi pengacara Golden Globes apabila dinamakan pelakon drama televisyen terbaik, menerusi siri drama thriller ‘Killing Eve’.

Oh artis kelahiran Kanada berketurunan Asia, terdahulu memberi penghormatan kepada pengarah dan pelakon filem kulit hitam dan Asia yang tercalon menerusi filem serta drama, antaranya, ‘Crazy Rich Asians’, ‘Black Panther’ serta ‘BlacKkKlansman’.

“Saya mahu berada di sini untuk melihat hadirin dan menjadi saksi detik perubahan. Ketika ini, detik ini adalah benar. Kerana saya melihat kamu…semua adalah wajah perubahan yang kini berlaku pada setiap orang,” katanya.

Oh yang bergandingan dengan Andy Samsberg sebagai penyampai memilih gaya positif, amat berbeza dengan penyampai terdahulu yang banyak menyentuh soal politik dan jenaka sinis, kebanyakannya ditujukan kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.

Sementara itu, pelakon British, Christian Bale memenangi kategori pelakon muzikal terbaik menerusi persembahan penuh transformasinya sebagai bekas Presiden ASa Syarikat, Presiden Dick Cheney menerusi drama komedi ‘Vice’.

“Terima kasih syaitan kerana memberi inspirasi bagaimana saya harus membawa watak ini,” kata Bale kegirangan.

Anugerah penuh berprestij ini turut memberi penghormatan kepada Mahershala Ali kerana peranannya sebagai pelakon pembantu menerusi filem ‘Green Book’ dan Regina King yang memegang watak ibu menerusi filem ‘If Beale Street Could Talk’.

Kategori televisyen pula menyaksikan pelakon Michael Douglas menang kategori pelakon lelaki terbaik siri drama ‘The Americans’ dan Richard Madden menerusi siri ‘Bodyguard’. – Reuters

Loading...