Saturday, April 20, 2024

Creating liberating content

AiADR Pusat Penyelesaian Pertikaian...

KUALA LUMPUR - Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) melancarkan Institut Penyelesaian Pertikaian...

Pegawai Kerajaan Antara 324...

GEORGE TOWN - Pegawai kerajaan, pegawai keselamatan dan remaja di bawah umur merupakan...

Mangsa Nahas QZ8501 Ditemui...

KOTABARU - Satu daripada tiga mayat mangsa nahas pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang ditemui...

Buruh Dipenjara 15 Tahun,...

ALOR SETAR - Seorang buruh kontrak yang tergamak merogol anak tirinya September tahun...

Lady Gaga, Black Panther Pemenang Awal Grammy

LOS ANGELES – Lady Gaga, runut bunyi ‘Black Panther’ dan penyanyi lagu rakyat, Brandi Carlile membawa pulang kemenangan awal pada majlis Grammy seperti diumumkan penyanyi R&B, Alicia Keys.

Lagu hit Gaga, ‘Shallow’ dari filem ‘A Star is Born’ meraih kemenangan bagi kategori lagu terbaik untuk media visual manakala lagu ‘Joanne’ memenangi anugerah persembahan pop solo terbaik.

Gaga yang dijangka membuat persembahan berkata beliau amat terharu dan bersyukur atas kemenangan itu.

“Saya tidak akan mampu mengenakan sebarang solekan malam ini,” katanya menerusi Twitter.

Carlile, 37 menerima tiga trofi, dua untuk single berentak Americana, ‘The Joke’ dan satu lagi menerusi album ‘By the Way, I Forgive You’.


Runut bunyi untuk filem adiwira ‘Black Panther’ meraih anugerah skor muzik terbaik bagi media visual manakala penyanyi rap Childish Gambino menerima anugerah untuk kategori muzik video terbaik menerusi lagu ‘This is America’ yang mengisahkan sikap perkauman dan perlakuan ganas anggota polis.

Gambino, alter ego aktor Danny Glover adalah antara bintang terkenal yang tidak kelihatan pada acara terbesar dunia muzik itu. – Reuters

Kategori