Labu Gergasi Bakal Jadi Hidangan 1,000 Gelandangan

SEBIJI labu gergasi yang mempunyai ukuran berat seperti empat ekor anak gajah, telah didermakan kepada 1,000 gelandangan oleh sepasang suami isteri, Ray dan Sarah.

Labu berkenaan mendapat tempat kedua dalam pertandingan labu gergasi di Nottingham dan selepas diumumkan sebagai naib juara, pasangan itu memutuskan untuk mendermakannya kepada golongan kurang upaya untuk dimasak sup.

Ray, 50, adalah pemilik perniagaan tekstil manakala isterinya, Sarah, 35, adalah seorang doktor.

Labu Gergasi Bakal Jadi Hidangan 1,000 Gelandangan

“Berat labu kami adalah 372kg dan kami dengar pemilik labu gergasi yang lain turut mendermakan labu mereka kepada zoo tempatan di mana gajah-gajah akan menghancurkannya dan kemudian makan,” kata Ray.

Jelas Ray, daripada memberikannya kepada gajah, mereka terfikir ramai orang yang boleh mendapat manfaat daripada labu itu, justeru lebih baik ia diberikan kepada golongan gelandangan terbabit.

“Kami menghabiskan masa selepas enam bulan untuk memastikan labu ini terus hidup dan agak menyedihkan apabila ia akan dipotong.

“Tetapi itu lebih baik daripada ia reput begitu sahaja,” kata Ray yang masih memikirkan bagaimana caranya untuk memotong labu gergasi berkenaan.

Ray turut memberitahu, biji benih labu itu akan dijual £5 setiap satu dan wang kutipan berkenaan akan didermakan kepada badan kebajikan. – MYNEWSHUB.CC