Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

“Jangan Buat Pandai Guna...

"JANGAN berlagak pandai, rujuk dahulu ketua jabatan kerana masalah bahasa ini, elok ditanya...

Kes Demam Denggi Di...

SHAH ALAM - Kes demam denggi di Selangor terus menunjukkan peningkatan dengan 12,427...

Polis Belum Ambil Keterangan...

KOTA BHARU - Polis masih belum dapat mengambil kenyataan dua kanak-kanak Orang Asli...

Gerakan Koperasi Bertukar Menjadi...

KANGAR – Gerakan koperasi yang diiktiraf sebagai pemangkin pertumbuhan sosioekonomi negara perlu bertukar...

Laaa Kebalnya FAM: Apahal Mengungkit Pula!

KENYATAAN Setiausaha Agung FAM, buat kita rasa loya. Di tengah kemelut Harimau Malaya berada di ranking 170 Terbaik Dunia, kenyataan paling cerdik yang boleh dibuat hanyalah mengkritik peminat?

Malah, bunyinya macam mengugut pun ada. Apabila krisis hutang FAM sebanyak RM49 juta disebut, serta gula-gula geran bernilai RM3 juta hingga RM7 juta diungkit, ia semacam hujah untuk memaksa peminat menerima apa sahaja yang dilakukan FAM.

Kenyataan Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin langsung tidak cerdik. Malah, gambaran jelas FAM mahu bersikap kebal kritikal. Kalau FAM mahu semuanya kebal, jadikan ia syarikat Sdn. Bhd. lah.

Hamidin menganggap peminat bola sepak negara mengada-ngada kerana mengkritik Presiden FAM, Tunku Mahkota Johor, Tengku Ismail Sultan Ibrahim.

Berjela-jela Hamidin mengemukakan bukti. Sampai tahap, FAM akan bungkus akibat hutang RM49 juta kalau TMJ tarik diri. Diungkit dengan bongkak pasal geran yang diberikan FAM pada persatuan negeri. Dulu RM400 ribu, sekarang sudah mencecah RM4 juta.

Baca: Penyokong Bola Sepak Malaysia Mengada-Ngada?

Persoalannya: Apakah selama ini semua yang bertanding pada pemilihan FAM yang lalu tidak tahu isu hutang? Atau, angka hutang ini baru diturunkan dari langit minggu lalu?

Kalau ikhlas, maknanya dah tau FAM dibelenggu hutang, dan memang anda semua setengah mati bertanding untuk bertanggung jawab menyelesaikan hutang, so what?

Sekarang bekerjalah. Tunaikan tanggungjawab anda.

Hamidin, dengan penuh semangat turut menjelaskan, dengan nada membantai peminat dalam isu part time. Malah, mengakui memang jawatan dalam FAM hanya part time. Malah, di negeri pun part time juga.

So semua orang kerja part timelah…

Tapi tentunya part time pemimpin sukan akan natijahnya. Ia tak mungkin sama dengan part time di kelab malam.

Masalahnya, adakah anda semua dipaksa bertanding dan memikul tanggungjawab part time?

Bukankah anda semua yang terhegeh-hegeh menawarkan diri?

Bukankah anda semua bersungguh-sungguh berlumba untuk menang dengan politiking yang buruk semata-mata untuk berkuasa?

Mengapa sekarang baru nak mengungkit, bahawa memimpin persatuan sukan hanyalah pekerjaan part time?


Mengapa tiba-tiba anda semua berkeras mahu menjadi orang mulia yang tidak boleh disentuh oleh kritikan, semata-mata atas alasan anda melakukan kerja part time?

Mengarut! Anda semua yang mengejar jawatan. Malah, kami peminat sukan melihat dengan jelas kesungguhan anda semua menjatuhkan satu sama lain untuk menang jawatan.

Mengapa sekarang tiba-tiba mahu berdrama sendu?

Jangan ugut peminat. Hamidin! Anda sudah tiga dekad dalam sukan bola sepak. Anda telah melihat begitu banyak kritikan sejak berada dalam Persatuan Bolasepak Selangor (FAS).

Malah, kritikan dan demontrasi yang lebih dahsyat ketika menangani peminat fanatik Selangor era 1990-an. FAS pada satu ketika mengendali skuad Merah Kuning yang dianggap skuad nombor satu di Malaysia.

Sekarang anda berada dalam FAM, dengan skuad ke-170 Terbaik Dunia. Tidak ada tekanan pun. Peminat pun sudah redha. Malah, peminat sedang belajar menerima hakikat: Makin banyak angka ranking, itu tanda lebih tinggi pencapaian status Harimau Malaya.

Jadi, mengapa anda terdorong menyindir peminat? Atau, anda diminta dan didesak!

Sudahlah FAM. Berhentilah merungut dan mengugut. Sekarang pun, anda punya sekerat dua peminat. Itu sudah kira bagus ketika bola sepak menjadi sukan paling mengaibkan maruah Malaysia.

Berhenti menyifatkan pengkritik sebagai ‘low class minded‘. Apabila pemimpin FAM memulakan budaya menghina, FAM akan lebih teruk dihina.

Apabila pemimpin sukan yang mendidik masyarakat dengan mengeluarkan kenyataan menggunakan kata-kata yang mencela peminat, andalah pemimpin yang mengajar budaya bahasa kesat dalam sukan.

Kalau hendak jadikan FAM kebal dan tidak boleh dikritik, jadikan ia Institusi Istana. Jadi senang. FAM automatik dilindungi perlembagaan! – MYNEWSHUB.CC

Kategori