Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Jemaah Hilang, Panggilan Dijawab...

KUALA LUMPUR - Usaha seorang anak menghubungi telefon bimbit ibunya, seorang daripada jemaah...

Lelaki Maut Dibaham Buaya...

MIRI - Seorang lelaki pekerja ladang kelapa sawit warga Indonesia maut dibaham buaya...

Mahathir Kagum Projek Stesen...

LONDON - Tun Dr. Mahathir Mohamad memuji pembangunan Stesen Jana Kuasa Battersea selepas...

3 Lelaki Indonesia Cuba...

TAWAU ā€“ Cubaan seorang juragan dan dua penumpang warga Indonesia menyusup keluar dari...

Kylie Jenner Selamat Lahirkan Bayi Perempuan

ADIK perempuanĀ bongsu keluarga Kardashian-Jenner, Kylie Jenner, 20, telah selamat melahirkan bayi perempuan pada 1 Februari lalu.

Menerusi laman sosialnya, Kylie mengumumkan kelahiran bayi perempuan hasil hubungannya dengan rapper terkenal, Travis Scott.

Kedua-duanya bagaimanapun masih belum bersedia untuk berkongsi gambar wajah dan nama bayi tersebut.

Sejak September tahun lalu, khabar angin bertiup kencang mengatakan bahawa Kylie sedang sarat mengandung anak pertamanya, namun gosip itu tidak dinafikan atau disahkan oleh ahli keluarga mahupun dirinya sendiri.

Apatah lagi, apabila kedua-dua kakaknya iaitu Khloe dan Kim Kardashian masing-masing turut mengesahkan bakal menyambut kelahiran bayi mereka, iaitu anak sulung bagi Khloe dan ketiga untuk Kim.

♥️

A post shared by Kylie (@kyliejenner) on

Menurut Kylie dalam pengumuman tersebut, dia mahu tempoh mengandungnya lebih mudah dan bebas tekanan akibat perhatian ‘menggila’ masyarakat terhadap kesahihan berita tersebut.


Kylie, yang lazimnya berkongsi gambar seksi dan menggoda di media sosialnya, dilihat hanya memuat naik gambar-gambar daripada sesi penggambaran daripada tahun-tahun sebelumnya sepanjang tempoh dia ‘menyorokkan’ dirinya daripada radar media.

Berserta pengumuman kelahiran itu, Kylie turut berkongsi sebuah video berdurasi 11 minit 32 saat yang mendokumentasikan pengalaman mengandungnya termasuklah beberapa klip yang menunjukkan saat-saat romantis bersama-sama Travis dan semasa pemeriksaan ultrabunyi bayinya.

Kylie dan Travis mula bercinta secara serius sejak April tahun lalu dan sering dilihat menghabiskan masa bersama-sama, namun tidak sampai beberapa bulan Kylie pula disahkan mengandung anak pertama mereka. –Ā MYNEWSHUB.CC

Kategori