KWSP Lupus 7.44 Juta Saham AirAsia

KUALA LUMPUR – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah melupuskan sebanyak 7.44 juta saham dalam syarikat penerbangan AirAsia Group Bhd. (AAGB).

Dalam satu kenyataan semalam, AAGB berkata, transaksi itu dilakukan pada 28 Januari melalui akaun nomini bagi pihak KWSP.

Pelupusan itu dibuat sebelum pendedahan salah laku yang dikaitkan dengan AAGB, AirAsia X dan Airbus yang disiasat oleh Serious Fraud Office (SFO) yang berpangkalan di United Kingdom.

Berikutan pelupusan 7.44 juta saham itu, KWSP kini memegang sejumlah 210.49 juta saham atau 6.31% di AAGB, menjadikannya pemegang saham ketiga terbesar dalam syarikat penerbangan tersebut. – MalaysiaGazette

Loading...