Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Batu Nisan Ditemukan Di...

KULIM: Jemaah yang mahu menunaikan solat Subuh terkejut apabila menemukan batu nisan di...

Perbicaraan Kes Ahmad Zahid...

KUALA LUMPUR - Perbicaraan kes bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad...

15,000 Askar Dihantar Ke...

WASHINGTON - Presiden Donald Trump, berkata kira-kira 15,000 askar akan dikerah ke kawasan...

Najib Tinjau Persiapan Sidang...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu melawat...

Kutipan 10% Tabung Masjid Tak Wajar – GPMS Pulau Pinang

PULAU PINANG – Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri menyifatkan arahan supaya masjid di seluruh negeri ini menyerahkan sebanyak 10 peratus kutipan tabung Jumaat setiap bulan kepada tabung wakaf adalah tidak wajar atas apa alasan sekali pun.

Ketua Penerangannya, Azdy Mohd. Arshad berkata, sumbangan orang ramai itu amat diperlukan pengurusan masjid untuk bayaran utiliti, elaun imam atau bilal tambahan, pembiayaan program, kos penyelenggaraan dan pembaikan masjid serta banyak lagi.

Bagaimanapun, menurut beliau, sekiranya arahan itu tetap dilaksanakan, pihaknya mahu Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) menubuhkan sebuah Jawatankuasa Pemantau supaya sumbangan tersebut diuruskan dengan telus dan cekap.

Tambahnya, jawatankuasa itu perlu berperanan memantau, mengurus, membuat perancangan strategik dan menjadi pihak yang bertanggungjawab meluluskan sebarang bentuk perbelanjaan atau pelaburan ke atas dana yang dikumpul.

Katanya, ahli Jawatankuasa Pemantau itu pula perlu dalam kalangan profesional dan pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam di negeri ini yang mempunyai ilmu, pengalaman dan kepakaran dalam bidang masing-masing.

“Selain itu, kita juga mahu mereka yang dilantik bebas daripada pengaruh politik serta bukan dalam kalangan pemimpin parti politik atau yang mempunyai kepentingan dalam mana-mana parti politik.

“Ini bagi memastikan Jawatankuasa Pemantau itu mempunyai integriti tinggi, bebas membuat keputusan dan tidak menjadi alat mana-mana parti politik termasuk kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan pihak berkuasa negeri,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai arahan sumbangan 10 peratus hasil kutipan setiap Jumaat seluruh masjid negeri ini setiap bulan kepada tabung wakaf berkuat-kuasa bulan lalu seperti surat pekeliling daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) bertarik 26 Jun lalu.

Bagaimanapun, Yang Dipertua MAINPP, Datuk Abdul Malik Abul Kassim berkata, sumbangan kepada tabung wakaf itu mempunyai agenda dan matlamat yang besar ke arah pembangunan serta kesejahteraan umat Islam di negeri ini.

Dalam pada itu, Azdy berharap dana tersebut tidak digunakan untuk pembelian bangunan atau tanah yang tidak strategik atau gagal dalam aspek pulangan keuntungan seterusnya mendatangkan kerugian.

Katanya, JHEAIPP dan MAINPP perlu diingatkan yang mana tabung itu adalah milik umat Islam di negeri ini dan merupakan amanah yang perlu diuruskan dengan penuh tanggungjawab. – UTUSAN ONLINE

Kategori