Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Mo Salah Kempen Halang...

BINTANG bola sepak Mesir, Mohamed Salah mula berkempen menentang rancangan Mesir mengeksport kucing...

Tak Perlu Apologetik Pertahankan...

KUALA LUMPUR - Umno tidak perlu apologetik dalam mempertahankan perkara-perkara yang menyentuh tentang...

Agong Dan Raja Permaisuri...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja...

Skandal Terowong Dasar Laut:...

GEORGE TOWN - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu beberapa pejabat di Kompleks...

Kurung Dalam Sangkar Kecil, Paksa Mengawan 24 Jam!

PUSAT pemuliharaan haiwan seringkali menjadi perhatian gara-gara pelbagai cerita kurang enak membabitkan penganiayaan terhadap haiwan kedengaran akhir-akhir ini.

Terbaharu, media antarabangsa melaporkan terdapat beberapa buah pusat haiwan di China yang mendera dan memberikan layanan tidak wajar kepadan haiwan-haiwan peliharaan yang terdapat di situ.

Menurut Dailymail, sebuah pusat penempatan haiwan di Shanghai telah menggurung anjing-anjing peliharaan di bawah jagaan mereka di dalam ruang yang sempit, gelap dan kotor.

Haiwan-haiwan ini dikatakan dikurung dalam keadaan kelaparan, ternyahhidrat dan tidak diberikan makanan yang cukup.

Namun di ruangan pameran, pihak pusat berkenaan cuba mengkaburi mata pengunjung dengan meletakkan pelbagai dekorasi dan seterusnya anjing-angjing ini akan diimport atas permintaan tinggi di pasaran eropah.

Di daerah Guandong dan Shuandong pula, sebuah pusat penjagaan mendera beberapa ekor anjing sehingga haiwan berkenaan tempang dan anggotanya tidak dapat berfungsi dengan baik.

Seorang penyiasat dalaman membongkarkan kegiatan pusat haiwan berkenaan di mana anjing betina seawal usia dua tahun akan dipaksa mengawan siang dan malam pada setiap hari.


“Anjing-anjing betina berusia dua hingga lapan tahun akan dipaksa melahirkan sekurang-kurangnya dua ekor anak anjing setiap tahun.

“Manakala anjing jantan pula akan dipaksa mengawan bersama anjing betina di dalam sangkar-sangkar sempit berkenaan.

“Situasi ‘belakang tabir’ ini sangat kejam dan meyedihkan untuk dilihat lebih-lebih lagi buat pencinta haiwan,” katanya ketika memberitahu akhbar tempatan, Kan Kan News.

Melahirkan seekor anak anjing pun sudah cukup melemahkan tubuh haiwan tersebut, apatah lagi jika dua kali dalam setahun. – MYNEWSHUB.CC

Kategori