Tuesday, March 19, 2024

Creating liberating content

Pihak Berkuasa Fokus Perangi...

KUALA LUMPUR - Gabungan Pengilang Tembakau Malaysia (CMTM) berharap pihak berkuasa akan meningkatkan...

Kecekapan Sistem Kendalian Bagasi...

KUALA LUMPUR – Usaha penambahbaikan sistem kendalian bagasi (BHS) yang selesai di Lapangan...

Kelab Kiwanis Ipoh Anjur...

IPOH - Kelab Kiwanis Bandaraya Ipoh bakal menganjurkan makan malam amal dan konsert...

Jamal Dipanggil Hari Ini...

KUALA LUMPUR - Polis akan mengambil keterangan Pengerusi Gabungan NGO Melayu Malaysia, Datuk...

Kurangkan Reman SOSMA Cuma Cadangan

KUALA LUMPUR – Cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk mengurangkan peruntukan reman di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) kepada 14 hari cuma satu cadangan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Mazlan Mansor berkata, cadangan itu perlu dibawa ke meja rundingan kerana ia memerlukan kajian menyeluruh.

“Itu cadangan sahaja dan kita lihat selepas ini masih lagi dalam perbincangan.

“Saya tidak boleh beritahu lagi kerana kita perlu kajian yang tertentu baru boleh saya komen. Saya tidak boleh beri jawapan yang betul. Biarlah kita buat kajian dahulu,” katanya dalam sidang media selepas menemani Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador menutup Persidangan Jenayah Komersil: Ancaman dan Pendekatan Teknologi Siber 2019 di Universiti Malaya (UM) hari ini.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jawatankuasa yang dibentuk untuk meneliti SOSMA yang dianggap ‘drakonian’ sedang memperincikan peruntukan atau elemen tidak berperikemanusiaan atau bertentangan hak asasi manusia.

Menurut beliau, rakyat merungut kerana tempoh tahanan selama 28 hari adalah terlalu lama dan mengkehendaki Kabinet untuk memendekkan tempoh itu.

Ditanya mengenai langkah Bank Negara Malaysia (BNM) untuk melaksanakan had transaksi tunai (CTL) RM25,000 dalam usaha mengukuhkan integriti kewangan negara, Mazlan berkata, ia adalah satu cadangan yang baik.


Menurut beliau, ia cadangan yang sesuai bersandarkan kepada kajian yang dijalankan oleh BNM.

“Kita amat mengalu-alukan apa sahaja pendekatan khususnya daripada BNM bagi kita ini satu usaha yang baik dan senang untuk kita siasat adakan ada tarif tertentu,” katanya lagi.

BNM hari ini berkata urus niaga secara tunai mungkin akan dihadkan kepada RM25,000 bermula Januari tahun depan.

Sebarang transaksi yang melebihi had ditetapkan itu perlu membuat bayaran secara elektronik atau menggunakan cek.

Kategori