Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

AirAsia Hanya Boleh Pindah...

SEPANG - Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB), pengendali Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur...

Hanez Suraya Fail Permohonan...

PERSOALAN mengenai nama pelakon Hanez Suraya dan suaminya, Romie Razin yang tersenarai dalam...

Najib Berhak Mentadbir Malaysia...

INGAT Klinik Rakyat 1Malaysia pun dah cukup la… Itu baru satu contoh betapa...

Khairy Minta 3 Tokoh...

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata tiga tokoh wajar meninggalkan pentas politik  tanah air kerana  mereka akan...

Kurang Dana, Malaysia Utamakan Selesai Hutang Negara

LONDON – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa kerajaan mengalami masalah kekurangan dana kerana ia dibebani dengan hutang negara melebihi RM1.0 trilion yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Katanya sebahagian besar daripada wang kerajaan akan digunakan untuk membayar hutang.

“Inilah keutamaan kita kini, iaitu untuk menyelesaikan masalah hutang ini,” katanya dengan menambah kegagalan berbuat demikian boleh membawa kepada risiko negara menjadi bankrap.

Dalam perjumpaan beliau dengan rakyat Malaysia yang bermastautin di United Kingdom pada satu jamuan minum lewat petang Ahad, Dr Mahathir mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia dan masyarakat Malaysia di luar negara kerana dengan sukarela telah menyumbang kepada Tabung Harapan Negara untuk membantu mengurangkan beban hutang negara.

“Mereka secara sukarela telah bertindak mengumpul dana untuk membantu kerajaan. Sudah tentulah jumlahnya tidak banyak, (tetapi) sikap yang ditunjukkan mereka itu adalah amat dialu-alukan iaitu semangat kesetiaan rakyat kepada negara,” katanya.

Menjawab pertanyaan hadirin mengenai pembelian senjata, Dr Mahathir menegaskan bahawa kerajaan memperuntukkan belanjawan yang lebih besar untuk bidang pendidikan berbanding pertahanan walaupun terdapat keperluan mendesak untuk membeli persenjataan baharu.

“Kita masih boleh bertahan walaupun menggunakan pesawat-pesawat yang ketinggalan zaman. Kita akan membelanjakan lebih banyak wang untuk perbelanjaan pendidikan,” kata beliau.

Dr Mahathir berkata Malaysia akan menghantar lebih ramai pelajar ke luar negara selain memanggil pulang rakyatnya yang berkemahiran tinggi di luar negara sebaik sahaja kedudukan kewangan negara pulih.


Sambil menyambut baik siswazah dan rakyat yang berkemahiran tinggi di luar negara pulang untuk berkhidmat di tanah air, Dr Mahathir namun mendedahkan bahawa bilangan pekerjaan yang boleh ditawarkan kepada mereka di Malaysia adalah tidak mencukupi buat masa ini.

Beliau berkata usaha kerajaan untuk menarik lebih banyak pelaburan ke negara ini supaya lebih banyak peluang pekerjaan dapat diwujudkan telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan tetapi ia belum bermula lagi.

Dr Mahathir turut mengalu-alukan syarikat-syarikat Malaysia yang beroperasi di luar negara untuk kembali ke tanah air dan beroperasi di Malaysia.

Katanya Kementerian Pembangunan Usahawan akan membantu para pengusaha bermodal kecil mengenal pasti peluang-peluang perniagaan baharu yang boleh dijalankan oleh mereka.

Katanya Malaysia berupaya untuk berkembang dengan pantas di bawah sebuah kerajaan yang mesra rakyat. – BERNAMA

Kategori