Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Kisah Rezeki Dipilih Jadi...

ALANGKAH gembira rasanya hati apabila diberikan peluang menunaikan rukun Islam kelima selepas penantian...

Adi Putra ‘Terlajak’ Kongsi...

JIKA minggu lalu kecoh apabila Adi Putra tidak hadir ke Mahkamah Rendah Syariah...

Pelarian Rohingya Di Bangladesh...

KEM PELARIAN CHAKMAKUL - Pelarian Rohingya yang tinggal dalam pondok di tepi bukit...

Aliff Syukri Tak Kisah...

WALAUPUN aksi 'gedik menggelenyar'nya sering mengundang kritikan orang ramai, namun strategi pengiklanan Pengasas...

“Kurang Ajar Punya Budak”

KUALA LUMPUR – “Kurang ajar punya budak, mak bapak (ibu bapa) diorang ni tak ajar ke?”

Itu antara komen pengguna Facebook yang marah dengan tindakan sekumpulan remaja membuli seorang warga emas.

Kejadian dalam sebuah video klip berdurasi satu minit 24 saat itu memaparkan seorang remaja bermain-main motosikal seorang warga emas berkenaan sebelum dengan sengaja menumbangkannya.

Warga emas yang digelar ‘Wak’ oleh remaja berkenaan beberapa kali beristighfar dan terkial-kial untuk mengangkat motosikal berkenaan.

Soal warga emas itu kepada remaja-remaja berkenaan: “Puasa pun kalau tak sembahyang pun tak boleh, betul tak?”

Sejurus kemudian, seorang remaja menjawab “Janji puasa Wak, dapat pahala lah juga,” sebelum membaling kepingan kotak ke arah warga emas berkenaan.

Sebelum warga emas itu berlalu pergi, remaja-remaja berkenaan masih lagi mengejeknya.


Video klip itu mula tular sejak semalam dalam laman sosial Facebook dan mendapat tontonan lebih 10,000 pengguna.

Rata-rata warga maya yang menontonnya ‘bengang’ termasuk pemilik akaun Facebook, Fazelee Hamid yang berpendapat: “Zaman kita dulu, walau perangai nakal atau jahat, macam mana sekali pun tidak buat orang-orang tua macam ini.”

Dalam pada itu, seorang lagi pemilik akaun, Nagadevi Navaratnam berkata, sifat warga emas yang sabar dan tidak melenting apabila dibuli seharusnya dipuji.

“Warga emas itu perlu dipuji, dia sangat sabar dan tidak marah walaupun telah mencuba untuk menasihatkan budak kurang ajar ini. Tuhan merahmatinya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Kategori