Thursday, April 18, 2024

Creating liberating content

Komuniti Vape Mahu Peraturan...

KUALA LUMPUR - Penghisap rokok elektronik (vapers) yang jumlahnya semakin bertambah mahukan peraturan...

Isu Survival Graduan Melayu...

KUALA LUMPUR - Persidangan Kepimpinan Mahasiswa Nasional 2014 (PEMANAS 2014), yang bermula Khamis...

Abang Bomba Tengah Sarapan...

SINGAPURA - Mereka secara kebetulan sedang menikmati sarapan pagi di sebuah pusat makanan...

RM300,000 Untuk Usahawan Muda...

KANGAR - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Perlis menyediakan dana sebanyak RM300,000 tahun ini bagi membantu usahawan muda memula dan mengembangkan perniagaan di bawah program Agropreneur Muda.Pengarahnya, Shahrizan Sudiman berkata Fama juga menggalakkan usahawan perniagaan bergerak seperti usahawan trak makanan merebut pelu...

Kura-Kura Gergasi Miliki Genetik Panjang Usia

QUITO – Kura-kura gergasi Galapagos ada pelbagai genetik yang dikaitkan dengan pemulihan DNA, tindak balas imun dan pembanteras kanser, memberi petunjuk kenapa haiwan itu memiliki hayat panjang, menurut satu kajian.

Kumpulan penyelidik antarabangsa menyusun dua genom kura-kura terbabit, termasuk spesis ‘Lonesome George’ – cabang spesis ‘Geochelone nigra abingdoni’ yang mati dalam jagaan di Pulau Santa Cruz Galapagos pada 2012.

Hasil kajian yang diterbitkan dalam jurnal ‘Nature Ecology & Evolution’ mendedahkan kumpulan penyelidik itu berjaya mengesan pelbagai garis keturunan khusus yang mempengaruhi gen pembaikan DNA, pengantara peradangan dan gen yang berkaitan dengan perkembangan kanser.

Pengarah Taman Negara Galapagos, Jorge Carrion berkata, pendedahan terhadap rahsia umur panjang ‘Lonesome George’ akan membantu usaha untuk memulihkan populasi kura-kura gergasi di kepulauan itu.

Kura-kura gergasi, boleh hidup sehingga 100 tahun dalam jagaan, tiba di kawasan kepulauan gunung berapi Galapagos tiga hingga empat juta tahun lalu.

Adalah dipercayai bahawa arus laut membawa mereka ke sekitar pulau, hingga wujud 15 spesies yang berlainan, manakala tiga daripadanya sudah pupus.


Rantau kepulauan Pasifik bermula dari dataran utama Ecuador terkenal dengan flora dan fauna yang unik dan pernah dikaji Charles Darwin ketika beliau mengembangkan teori evolusinya. Kawasan kepulauan itu masih menjadi habitat 12 spesies kura-kura raksasa itu.

Spesies kura-kura gergasi kedua yang dalam kajian mereka adalah spesies yang terdapat di beberapa pulau di Aldabra Atoll di Seychelles. – AFP/BH ONLINE

Kategori