Thursday, April 25, 2024

Creating liberating content

PRK DUN Semenyih: UMNO...

MUAFAKAT... Pihak UMNO Selangor belum lagi muktamad senarai pendek calon Dewan Undangan Negeri...

Agong Adakan Pertemuan Dengan...

JEDDAH - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini...

Doktor Malaysia Sertai Ratu...

KUALA LUMPUR - Dr. Ranmeet Jassal berada dalam senarai 20 teratas pada pertandingan...

Anwar Kata Beliau Dan...

KUALA LUMPUR - Biro Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengeluarkan satu kenyataan kononnya...

Kumpulan Pertama Pesakit COVID-19 Hospital Tuanku Bainun Pulih

KUALA LUMPUR – Kumpulan pertama pesakit COVID-19 di Hospital Tuanku Bainun, Ipoh sembuh dan dibenarkan pulang.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, dalam akaun Twitternya yang turut memuat naik gambar kesemua pesakit yang dibenarkan keluar semalam.

“Kumpulan pertama pesakit COVID-19 daripada Hospital Tuanku Bainun sudah pulih dan boleh balik. Alhamdulillah,” katanya menerusi ciapan itu.

Sementara itu menerusi ciapan lain, Dr. Noor Hisham turut memuat naik gambar misi bantuan disumbangkan Tan Sri Lee Kim Yew kepada Hospital Sungai Buloh, Hospital Putrajaya, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC).

Katanya, sumbangan yang diberikan itu antaranya peralatan perlindungan diri (PPE) untuk kegunaan petugas di keempat-empat hospital berkenaan.

“Setinggi-tinggi penghargaan kami ucapkan atas inisiatif dan sumbangan yang dihulurkan bagi melindungi petugas barisan hadapan kami,” katanya. – BH Online

Kategori