Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Istana Kensington Umum Dutchess...

LONDON - Duchess of Sussex Meghan Markle kini hamil dan dijangka melahirkan anak...

Kes COVID-19 Afrika Cecah...

ADDIS ABABA: Jumlah kes COVID-19 yang disahkan di Afrika mencecah 9,519,699 setakat petang...

Veterinar Negeri Sembilan Proaktif...

SEREMBAN: Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) mengambil langkah proaktif dan berjaga-jaga susulan...

Elak Kereta, Penunggang Motosikal...

TULAR menerusi media sosial satu video yang memaparkan seorang penunggang motosikal dilihat hampir...

Kucing Ini Tular Kerana Muka Macam Manusia

POPULAR… Anak kucing ini curi tumpuan ramai netizen dalam sekelip mata, setelah gambarnya tersebar menerusi Internet sehingga tular. Kenapa? Kerana mukanya kelihatan macam manusia!

Pastinya, seperti anak kucing lain di seluruh dunia, ia sangat kecil dan comel kerana bulunya yang sangat tebal. Namun, apa yang sangat menarik perhatian adalah wajahnya sekali pandang seperti imej seorang lelaki tua usia.

Menurut portal berita Metro UK, sejak gambar haiwan mamalia tersebut dikongsi menerusi platform media sosial, anak kucing yang dinamakan Valkyrie dan menetap di Rusia ini langsung tiba-tiba dapat ramai peminat baharu.

Ada tidak nafi wajahnya benar-benar seperti manusia, waima tidak dapat memastikan ciri wajah yang membuatnya kelihatan macam manusia; adakah matanya pandang orang dengan penuh sangsi ataupun raut mukanya tegang?

Valkyrie merupakan milik seorang wanita tempatan bernama Tatiana Rastorgueva yang turut memelihara pelbagai kucing jinak terutama jenis Maine Coon, lapor Metro UK. yang memetik agensi berita Rusia iaitu Pravda.

Beliau juga memuat naik beberapa gambar kucing lain yang ‘wajah manusia’ ke laman akaun sosial Instagramnya. Namun, tidak dapat dipastikan jika semua kucing itu memang miliknya sendiri atau kepunyaan individu lain.


Ramai netize yang menyarankan supaya Tatiana memperkenalkan kucing uniknya itu kepada dunia perfileman. Mereka percaya Valkyrie akan menjadi bintang terkenal terutama sekali jika ia membintangi filem genre seram.

Baka Maine Coon adalah antara jenis kucing yang sering dipelihara sebagai haiwan peliharaan. Selain ada wajah yang unik, ia juga memiliki kemahiran buru. Ia turut antara jenis baka yang paling lama wujud di Amerika Utara.

Haiwan ini malahan digelar sebagai ‘gergasi lembut’ kerana ia jenis kucing yang memang peramah. Tubuhnya pula agak besar dibandingkan dengan kucing biasa dan bulunya cukup tebal di bahagian dada. – Agensi/Mynewshub.TV

Kategori