Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Tiada PKPD Di Selayang...

MENTERI Kanan (kluster keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menafikan Perintah Kawalan Pergerakan...

Jangan Kecewakan Saya &...

PUTRAJAYA — "Jangan kecewakan saya dan negara kita,” kata Perdana Menteri Tun Dr...

Program Pemukiman MB Dapat...

LUMUT – Banyak masalah setempat di Perak dapat diselesaikan menerusi Program Pemukiman Menteri...

2 Beranak Rentung Dalam...

KLANG - Dua beranak ditemui rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Sungai Udang...

Kucing Diselamatkan Di Bukit Kukus Mati

GEORGE TOWN – Kucing yang diselamatkan dalam kejadian tanah runtuh di Bukit Kukus dimatikan hari ini kerana tidak boleh makan akibat kecederaan dalaman, menurut Khoo Boo Leong, pesuruhjaya Persatuan Buddha Tzu Chi Merits Malaysia.

Beliau berkata doktor haiwan di Klinik Peng Aun Veterinary menyampaikan berita sedih itu kepada beliau.

Khoo, yang dimaklumkan oleh pasukan menyelamat untuk mengambil kucing itu untuk dirawat, berkata beliau bersetuju menanggung perbelanjaan bagi rawatan dan surgeri untuk memotong dua kaki kucing itu yang patah.

“Kami berharap selepas surgeri itu, kami dapat menempatkan kucing itu di pusat perlindungan. Tetapi selepas diberitahu yang kucing itu tidak boleh makan, kami berpendapat pilihan terbaik adalah untuk ia dimatikan,” katanya kepada pemberita di tempat kejadian tanah runtuh itu hari ini.

Pasukan menyelamat menemukan kucing itu diselaputi lumpur, dua kakinya patah dan hampir tidak bernyawa di bawah timbunan runtuhan tanah dalam kejadian tanah runtuh di sini pada Sabtu lepas.


Sehingga pukul 2 petang hari ini, mayat lapan mangsa telah dikeluarkan daripada runtuhan tanah itu. Tiga yang maut ialah warga Indonesia, empat lelaki Bangladesh dan seorang wanita Myanmar. Dua lagi lelaki Bangladesh masih hilang yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan itu.

Empat cedera dalam kejadian itu – seorang lelaki Bangladesh, dua wanita Indonesia – seorang daripadanya mengandung empat bulan dan seorang wanita kemboja. – BERNAMA

 

Kategori