Thursday, March 28, 2024

Creating liberating content

Pelan B Tun M...

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad menyedari sepenuhnya...

Masalah Negara Bukan Diselesai...

KUALA LUMPUR – Permasalahan dihadapi rakyat dan negara hari ini bukan dapat diselesaikan...

Universiti Diminta Pastikan Graduan...

BUKIT MERTAJAM - Universiti di negara ini diminta memastikan mahasiswa mereka yang bakal...

Terlalu Cantik Lepas Lahirkan...

SEBUAH akhbar Rusia membuat satu laporan kontroversi apabila menuduh kelahiran kedua Kate Middleton hanya...

Kucing Cekal Ini Nyaris Maut Dalam Suhu -60° Celsius

IBARAT pantang maut sebelum ajal, seekor kucing menggambarkan masih ada baki lapan nyawa lagi waima hampir maut terperangkap dalam enjin sebuah kereta api di Kanada baru-baru ini.

Ia bermula apabila seorang petugas penyelenggara tren, Brad Shelter dari stesen Edmonton sedang menjalankan pemeriksaan rutin di bahagian enjin kenderaan berat itu di Alta, terletak 3,333 kilometer dari ibu kota Ottawa.

Lelaki itu kemudia telah dikejutkan apabila terdengar suara aneh yang tidak jauh dari tempatnya. Rasa ingin tahu yang kuat telah mendorong Shelter untuk memberikan lebih tumpuan kepada suara sayup agak sayu tersebut.

Bagi mendapatkan kepastian, petugas itu telah menghalakan lampu suluh miliknya ke bahagian enjin kedua kereta api itu. Sedang asyik menghalakan cahaya ke semua bahagian enjin, dia dikejutkan dengan sepasang mata berkilau.

Secara perlahan-lahan dia mendekati arah tersebut dan mendapati seekor kucing. Haiwan berkenaan mengiau-ngiau akibat kesejukan diselimuti salji tebal dengan paras cuaca adalah mencecah sehingga -55 hingga -60° Celsius.

Tanpa ambil masa lama, lelaki itu telah membawa kucing berkenaan ke pejabat berhampiran untuk memastikan ia berada dalam keadaan selesa. Mamalia itu dipercayai sesat jalan sebelum cuba sorok di enjin tren ketika salji turun.


Menurut Shelter, dia turut menyelimutkan badan kucing tersebut dengan menggunakan baju T miliknya. Malah dia membersihkan saki baki ketulan ais dan salji sejuk yang terdapat pada keseluruhan badan haiwan comel berkenaan.

Di samping itu, lelaki berkenaan memberikan makanan dan minuman kepada kucing terbabit yang kebuluran beberapa hari. Kucing tersebut juga kelihatan berada dalam keadaan letih apabila didapati tidur sepanjang malam.

Di bawah jagaan Shelter, kucing tersebut dibawa berjumpa dengan pakar perubatan veterinar dan mendapati ia mengalami kecederaan di bahagian telinga dan tapak kaki dipercayai keradangan akibat cuaca yang terlampau sejuk.

Portal Global News turut melaporkan Shelter dianugerahkan pengiktirafan khas tertinggi daripada sebuah badan dunia, People for the Ethical Treatment of Animals (PETA) atas sifat mulianya itu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori