Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Najib Selesai Keterangan Di...

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberi keterangan kira-kira...

Kadar Kemiskinan Tegar Negara...

KUALA LUMPUR: Kadar kemiskinan tegar di negara ini, mencatatkan penurunan kepada 0.2 peratus...

Lebih Banyak Stadium Bakal...

KUALA LUMPUR - Lebih banyak stadium dan gelanggang sukan di bawah pengurusan Perbadanan...

16 Ajaran & Fahaman...

KOTA KINABALU - Majlis Fatwa Negeri Sabah mengeluarkan fatwa ke atas 16 ajaran...

Kucing Bermuka Dua Curi Hati Netizen Dunia

USIANYA baru sahaja 12 hari, namun seekor anak kucing yang dilahirkan di Afrika Selatan sudah pun ‘mencairkan’ hati para peminatnya di seleuruh dunia oleh kerana satu ciri uniknya— berwajah dua!

Bettie Bee merupakan seekor anak kucing yang mempunyai dua wajah yang hampir sempurna: dua hidung, dua mulut dan tiga mata.

Lapor Newsweek, kucing betina itu menghadapi kesukaran pada awal kelahirannya akibat komplikasi semasa menyusu, jadi ia dikhuatiri akan mati kelaparan.

Kucing yang mengalami kondisi seperti ini dikenali sebagai ‘kucing Janus’, bersempena nama dewa Roman yang mempunyai dua wajah.

Namun, segalanya berubah apabila tuan Bettie Bee membawanya berjumpa seorang penyelamat haiwan yang pakar selok-belok penjagaan kucing yang mempunyai komplikasi kesihatan atau fizikal.

Penyelamat itu mendapati organ Bettie Bee berfungsi dengan baik semasa memasukkan tiub saluran makanan ke dalam kedua-dua mulutnya.


Tidak lama selepas itu, sebuah akaun Facebook yang didedikasikan khas untuk melihat perkembangan Bettie Bee telah dibuat oleh penyelamatnya itu, selepas semakin ramai orang yang teruja untuk mengikuti progres anak kucing unik tersebut.

Dalam masa 12 hari sahaja, akaun itu sudahpun menerima 26,800 likes dan ratusan komen setiap hari membanjiri laman itu dengan rata-ratanya mendoakan kesihatan Bettie Bee!

Dengan populariti mendadak itu, ramai yang mahu tampil membantu kucing comel tersebut.

Seorang kakitangan universiti telah menawarkan untuk bantu Bettie Bee mendapatkan dana pembedahan rekonstruktif demi kelangsungan hidupnya. –MYNEWSHUB.CC

Kategori