Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Op Selamat: Lebih 700...

IPOH - Sejumlah 740 saman dikeluarkan kepada pengguna jalan raya pada hari pertama...

PM Nyata Komitmen Kerajaan...

KUALA LUMPUR - Kemakmuran bersama rakyat menjadi teras komitmen kerajaan yang diterajui parti...

Mahkamah Tolak Saman 492...

TEMERLOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menolak saman yang difailkan 492...

KAFA Perlu Kerja Keras...

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) perlu berusaha lebih keras mencari...

Kuasa Lantik PM Di Tangan Agong, Bukan Dewan Rakyat

SHAH ALAM – Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa mutlak melantik Perdana Menteri dan bukannya Dewan Rakyat.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Dr. Rais Yatim menerusi Twitternya hari ini seolah-olah tidak bersetuju dengan cadangan mengadakan sidang khas Dewan Rakyat bagi menentukan Perdana Menteri baharu.

“Kenapa masih ribut-ribut konon Dewan Rakyat akan tentukan siapa jadi Perdana Menteri 2 Mac ini?

“Kuasa melantik Perdana Menteri di tangan Yang di-Pertuan Agong bukan di Dewan Rakyat. Patut Agong sudah buat keputusan hasil dua hari temuduga dengan Ahli Parlimen.

“Peguam Negara, tolonglah beri nasihat yang betul kepada Yang di-Pertuan Agong. Di Dewan Rakyat cuma boleh undi percaya atau tidak percaya,” tulisnya.


Semalam, Perdana Menteri Interim, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, calon Perdana Menteri akan ditentukan pada Persidangan Khas Dewan Rakyat yang akan diadakan pada 2 Mac depan.

Katanya, perkara itu terpaksa dilakukan berikutan pertemuan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan ahli Parlimen selama dua hari yang berakhir semalam tidak menemukan calon yang memperoleh majoriti jelas. – Sinar Harian

Kategori