Kuantan Daerah Terbaharu Zon Merah Covid-19

PUTRAJAYA – Berbaki lima hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir, kini daerah Kuantan di Pahang diisytiharkan sebagai zon merah apabila kes positif koronavirus (Covid-19) meningkat kepada 43 kes di kawasan itu.

Ini menjadikan Kuantan daerah kedua di negeri itu selepas Jerantut yang diletakkan di bawah kategori tersebut.

Menerusi data dikeluarkan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat (CPRC) Kebangsaan semalam, sebanyak 24 lokasi zon merah direkodkan di seluruh negara.

Melalui data tersebut, Lembah Pantai kekal mencatatkan zon merah tertinggi dengan 417 kes berbanding hari sebelumnya, 412.

Ia diikuti dengan Hulu Langat (345 kes), Petaling (305 kes) dan Kuching (192 kes).

Setakat ini, sebanyak 4,119 kes positif direkodkan dengan 1,487 daripadanya telah pulih.

Sebanyak 75 kes sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 65 meningga dunia akibat wabak itu. – Sinar Harian

Loading...