Friday, March 29, 2024

Creating liberating content

Watson Nyambek Bantu Calon...

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan...

Duta China Tersilap Cakap...

PADA Isnin ketika seluruh dunia gempar dengan gerhana bulan penuh yang tiba-tiba muncul...

Istiadat Angkat Sumpah Menteri...

PUTRAJAYA - Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Kabinet...

PIPC Johor Berjaya Jana...

PROJEK Kompleks Bersepadu Petronas di Pengerang (PIPC), Johor telah berjaya menjana keuntungan kepada...

Ku Li Dakwa Konon UMNO Perlukan ‘Penawar’

SHAH ALAM – UMNO perlu melakukan ‘pembersihan’ dan ‘pembaikan’ seperti dituntut masyarakat bagi menebus semula integriti parti yang dilihat semakin pudar dalam perjuangannya, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

Veteran UMNO berusia 81 tahun itu berkata antara ‘pembersihan’ yang mesti diutamakan adalah dari aspek lagak kepimpinannya berikutan sebelum ini masyarakat melabel pemimpin parti berkenaan sebagai sombong, melampau elitis malah ada yang sukar dibuat janji temu.

Menyatakan perkara berkenaan antara pendekatan yang akan diketengahkannya jika dipilih sebagai presiden UMNO pada pemilihan parti 30 Jun ini, beliau berkata langkah tersebut juga boleh menjadi ‘penawar’ kepada persepsi masyarakat terhadap parti itu.

“Kita mahu pastikan polisi parti dapat menyembuhkan semula UMNO khususnya dari aspek integriti yang sebelum ini dilihat kurang disukai masyarakat.

“(Anggota dan pemimpin UMNO) cuba jaga diri, jangan terlibat dalam perkara-perkara yang tidak disukai rakyat seperti rasuah dan sebagainya,” katanya kepada pemberita selepas majlis ramah mesra beliau bersama-sama pemimpin dan wakil UMNO Selangor, di sini, malam tadi.

Selain Tengku Razaleigh, jawatan tertinggi UMNO itu turut menjadi rebutan Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas presiden Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, anggota UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, Mohamed Iqbal Maricair dan anggota UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Mohd Yusof Musa@Jamaluddin.

Ketika ditanya sama ada ‘pembersihan’ UMNO juga perlu melibatkan perubahan jawatan, Tengku Razaleigh yang lebih mesra dipanggil Ku Li berkata ia terpulang kepada kemahuan perwakilan peringkat cawangan dan bahagian kerana beliau yakin akar umbi lebih mengetahui tentang wujudnya petualang dalam parti.


Malah, katanya perwakilan harus bijak menilai siapa petualang dalam parti demi memastikan kelangsungan parti berkenaan pada masa depan.

Ditanya mengenai tempoh pemulihan yang diperlukan UMNO susulan ‘kerosakan’ dalamannya sehingga menyebabkan parti tersebut tersungkur buat pertama kali dalam pilihan raya umum lepas, bekas Menteri Kewangan dari tahun 1976 hingga 1984 itu berkata ia bergantung kepada respons masyarakat terhadap gerak kerja anggotanya selepas ini.

Terdahulu dalam ucapannya pada majlis tersebut, Ketua Bahagian UMNO Gua Musang itu menggesa anggota UMNO menyuburkan kembali semangat Melayu sepertimana yang pernah ditonjolkan pemimpin terdahulu semasa mahu memerdekakan Tanah Melayu pada zaman pemerintahan British.

“Dahulu, kebangkitan dan penyatuan Melayu untuk mencapai kemerdekaan mampu menyebabkan British berundur. Kenapa tidak sekarang (semangat dipupuk semula)? Setelah kita ada kuasa dan dapat pendidikan, jangan disebabkan ada masalah, ia pecah belahkan kita,” katanya. – BERNAMA

Kategori